Halba merupakan sejenis herba atau rempah. Halba ini sering digunakan dalam memasak kari. Selain daripada sering ditambah dalam masakan untuk menambah keenakan hidangan, rupa-rupanya terdapat banyak manfaat halba dari sudut kesihatan.
Walaupun halba ini merupakan antara rempah yang murah tetapi dia punya kebaikan terlalu banyak. Boleh mengalahkan emas tau! Seperti sabda Rasullah SAW, sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas.
Sebenarnya ada kisah di mana pada suatu hari Rasullah SAW menziarahi Saad Bin Abi Waqqas yang sedang sakit. Rasullullah SAW menyuruh dipanggil tabib. Al Harith Ibn Qaldah datang merawat Saad Bin ABu Waqqas. Beliau mengesyorkan agar Saad makan Halba dan Korma Ajwa’. Dengan izin Allah Saad pun sembuh dari sakitnya. Rasulullah saw kemudiannya bersabda ‘gunakanlah Halba sebagai ubat’ (Qamus Al-Tibb).
Jadi tunggu apa lagi, jom buat sekarang. Mudah sahaja, ambil 1 sudu teh halba dan satu cawan air panas. Rendam sehingga air panas tadi menjadi suam lalu minum. Amalkan tiap-tiap malam sebelum tidur.
Kredit: Azlin Mohamed