Masakan panas yang digemari masyarakat pelbagai usia, ia bukan sahaja sedap dimakan tapi ia juga senang dimasak. Disini saya sediakan resepi serta cara-cara memasak kway teow kerang daripada Dahlia’s Kitchen. Resipi ini sangat mudah dan sesuai untuk orang bujang mahupun yang dah berumah tangga.
KUEY TEOW KERANG DAHLIA’S KITCHEN
*Bahan2 dibawah hanya untuk 1kg Mee Kway Teow
BAHAN-BAHAN KISAR (BLEND):
- 1 Biji Bawang Besar
- 7 Ulas Bawang Putih
- Halia Setengah Ibu Jari
BAHAN-BAHAN LAIN:
- 5 Sudu Makan Sos Tiram
- 8 Sudu Makan Dark Soya Sos ( ditambah jika kurang )
- Kerang ( jumlah – citarasa masing2 )
- Crabstick (citarasa masing2 )
- Fishcake (citarasa masing2 )
- Garam Secukup Rasa
- 1 Sudu Teh Gula Pasir
- Sedikit Taugeh
- Sedikit Sawi atau Hirisan Kobis
Cara-cara:
- Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik bau dan garing.
- Kemudian, masukkan kway teow, sos tiram, soya sos, kerang serta crabstick sesuai dengan dengan selera masing-masing.
- Tambahkan garam serta gula secukup rasa. Gaul sebati.
- Masukkan sawi atau hirisan kobis, dan taugeh. Gaul sebati.
- Masak sehingga sayur layu. Sedia untuk disajikan.
Selamat mencuba.
Tonton video di bawah untuk mengetahui langkah-langkah penyediaannya:
Kredit: Dahlia’s Kitchen