Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Terkandas Banjir 24 Jam Atas Jalan, Lelaki Ini Bakar Ikan Tepi Jalan Dan Makan Ramai-Ramai!

Terkandas Banjir 24 Jam Atas Jalan, Lelaki Ini Bakar Ikan Tepi Jalan Dan Makan Ramai-Ramai!

Kategori:
terkandas banjir lelaki bakar ikan

Seperti yang diketahui orang ramai kejadian banjir yang menimpa beberapa buah negeri kali ini agak teruk. Akibat daripada banjir macam-macam kejadian yang berlaku seperti tanah runtuh dan banyak jalan utama di tutup akibat dinaiki air.

Bukan sahaja di jalan raya biasa malah lebuh raya juga turut ditenggelami air sehinggakan mereka yang ingin pulang ke destinasi masing-masing terpaksa menggunakan jalan alternatif lain. Walaupun begitu, ramai yang terperangkap di dalam kesesakan yang teruk akibat banyak kenderaan menggunakan jalan yang sama.

Lebih menyedihkan lagi apabila tiada kawasan rehat dan rawat untuk mereka berhenti mengisi perut atau mengisi minyak kereta. Situasi tersebut sempat dialami oleh ibu bapa mertua kepada seorang individu yang dikenali dengan nama @imimaysrunnia di twitter.

Menurut imimaysrunnia mertuanya terperangkap di Jalan Kuala Lipis-Raub selama 24 jam tanpa bekalan makanan tetapi mujurlah mereka membawa ikan segar. Lalu mereka berkongsi ikan tersebut dengan pengguna jalan raya yang lain.

Sama-sama bakar ikan di tepi jalan

Jadi mereka sama-sama mencari kayu api dan membakar ikan tadi di tepi lebuh raya. Ikan tadi dibakar lalu mereka makan bersama-sama dengan beralaskan daun pisang.

Aaaa terima kasih rakyat Malaysia

Sekali tengok dah macam family gathering kan? Teruslah bersatu rakyat Malaysia! Mungkin kejadian ini bakal menjadi pengalaman yang paling bernilai untuk dikenang. Tetap selamat semuanya!

Sumber: @imimaysrunnia

tags: |