Keprihatinan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah terhadap rakyat sememangnya tidak dapat boleh dinafikan. Semasa di awal wabak Covid-19 melanda negara, Raja Permaisuri Agong berkenan menyediakan juakan nasi berlauk kepada petugas kesihatan.
Di kala wabak Covid-19 masih lagi belum pulih sepenuhnya, negara kita sekali lagi diuji dengan hujan lebat dan mengakibatkan beberapa kawasan di negeri pahang dilanda banjir yang teruk. Sekali lagi Raja Permaisuri Agong mencemar duli memasak untuk rakyat. Beruntung mangsa banjir di PPS Dewan Orang Sri Damai, Kuantan kerana dapat merasa air tangan Baginda.
6 Januari 2021 – Sudah menjadi kelaziman bagi KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong menyingsing lengan baju menyediakan makanan kepada mangsa banjir di negeri Pahang.
Pada hari ini, Seri Paduka Baginda telah berkenan berangkat ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Orang Ramai Seri Damai, Kuantan dan meluangkan masa memasak bersama para petugas di PPS tersebut.
Sentuhan air tangan Raja Permaisuri Agong ini mencerminkan keperibadian dan keprihatinan tinggi Seri Paduka Baginda terhadap mangsa banjir dan golongan yang memerlukan bantuan.
Seramai 128 orang daripada 49 keluarga telah dipindahkan di PPS ini setelah kediaman mereka dilanda banjir akibat hujan berterusan sejak hari Sabtu lalu.
Seri Paduka Baginda mengajak seluruh rakyat bersama Baginda mendoakan agar bencana banjir yang melanda beberapa negeri pada ketika ini tidak berpanjangan sehingga mengorbankan nyawa dan harta benda.
https://www.instagram.com/p/CJsIrMfBCTS/
Sumber: Istana Negara, Pahang Media