Siapa yang tidak kenal dengan Khairulaming atau nama sebenarnya ialah Khairul Amin Kamarulzaman. Seorang selebriti masakan media sosial Malaysia yang sangat terkenal dengan video resepi atau masakan yang kreatif.
Boleh dikatakan kesemua videonya menerima jumlah like dan share yang tinggi di laman Facebook serta Instagram.Walaupun asalnya beliau tidak mempunyai pendidikan formal dalam bidang kulinari tetapi masakannya memang menjadi dan menyelerakan.
Memandangkan beliau sudah sangat terkenal, kini Khairul Amin telah memulakan perniagaan Sambal Nyet. Apa yang membuatkan beliau terharu adalah apabila 10,000 botol Sambal Nyet nya berjaya dijual hanya dalam masa 54 minit.
Beliau sangat terharu dan sempat mengucapkan terima kasih dalam akaun Instagram miliknya. Dalam masa yang sama Khairul Amin juga berasa takut sebab beribu orang akan merasai sambal yang dijualnya. Kira-kira 2-3 ribu botol pertama sambal yang dijual olehnya akan di pos petang ini juga.
https://www.instagram.com/p/CJsSFXxAIgs/?utm_source=ig_web_button_share_sheet
Berikutan dengan postingan itu, ramai warganet yang meninggalkan komen mengucapkan tahniah dan ada juga yang tidak sempat beli kerana semuanya sudah terjual.
Sumber: Khairulaming