Prosperity Burger antara burger pilihan rakyat Malaysia. Sejak McDonalds keluarkan Prosperity Burger akhir tahun 2020, berpusu-pusu rakyat Malaysia membeli dan mencubanya. Memang laku keras guys!
Memandangkan ramai yang menggemari Prosperity Burger kerana kepedasan sos lada hitamnya yang super wow! Jadi McDonalds keluarkan pula Golden Prosperity Burger bagi memenuhi hasrat korang yang inginkan kelainan dalam Prosperity Burger sebelum ini.
Golden Prosperity Burger yang baru ini memang lebih sedap dan menggiurkan. Dilengkapi dengan tambahan hash browns yang menambahkan lagi kesedapannya. Setiap gigitan pasti membawa kebahagian!
Seperti Prosperity Burger sebelum ini juga, ia datang bersama set minuman McFizz yang mana rasanya seakan oren lemon bersama Twister Fries kegemaran ramai! Untuk burger, korang boleh memilih antara daging atau ayam. Kalau dah rasa Prosperity Burger biasa apa kata kali ini rasa yang Golden pulak!
Jika sebelum ini Prosperity Burger datang bersama-sama dengan Chocolate Pie kini untuk Golden Prosperity Burger datang dengan Raspberry Cream Cheese Pie pulak. Peminat cheese wajib cuba!
Jadi tunggu apa lagi guys! Jangan lupa bagitahu kawan dan ahli keluarga korang sekali! Selamat mencuba guys!