Nuralia Idayu berkongsikan cara buat spaghetti aglio olio sendiri di rumah. Ada sesetengah kedai buat tak cukup umphh kerana menggunakan ayam, jadi kurang rasa lemak seafood. Kalau buat sendiri, nak letak udang satu kilogram pun tiada masalah! Jom lihat resepi lengkap di bawah.
Wanita Ini Kongsi Cara Buat Spaghetti Aglio Olio, Rasa Lemak Seafood Yang ‘Perfect’!
Bahan-bahan yang diperlukan:
Cara-cara:
- Rebus spaghetti sampai lembut atau al dente. Sejatkan, air spaghetti tu simpan sikit.
- Panaskan kuali, masukkan olive oil. Api kecil je ye. Tumis bawang putih, jangan garing sangat. Masukkan cili kering pulak.
- Masukkan lala. Masak sampai ternganga semua, baru masukkan udang.
- Masukkan spaghetti. Letak serbuk cili, serbuk parsley, gaul rata. Garam gula secukup rasa.
- Masukkan capsicum & tomato cherry. Tutup api, siap!
Kredit: Nuralia Idayu
Baca juga: Spaghetti Goreng Pedas Yang Sesuai Untuk ‘Tekak Melayu’, Wanita Ini Kongsi Resepinya..