Seorang doktor, Ahmad Zakimi Abdullah berkongsikan pengalaman beliau mengendalikan pesakit wanita berumur 22 tahun yang terkena sawan. Pesakit itu dikatakan terkena sawan akibat ‘mabuk air’ atau ‘terlebih’ minum air kosong. Difahamkan wanita tersebut ada memasuki program untuk kuruskan badan, ‘pihak’ program memberi tips supaya meminum air 6-8 liter sehari.
Doktor tersebut memberitahu punca sebenar kenapa pesakit wanita tersebut boleh ‘mabuk air’ dan turut memberitahu kesan jika terlebih minum air kosong. Jom sama-sama baca perkongsian oleh beliau di bawah.
“Dr Zek! Ada pesakit wanita berumur 22 tahun sawan kat redzone. Patient baru masuk, doktor. Cepat-cepat,” ujar seorang penolong pegawai perubatan bertugas di zon merah.
Ketika itu aku baru nak mula makan malam di pantri zon merah. Tanpa berlengah, aku terus berlari ke zon merah. Didapati seorang pesakit wanita berbadan agak besar anggaran berat badan dalam 100kg tak sedarkan diri, mata membeliak keatas, kekejangan otot (tonic clonic) dan mulutnya berbuih. Dikatakan pesakit ini sawan sejak beberapa jam lalu.
Intravenous Valium sudah diberikan. Pesakit masih lagi sawan.
“En Hafiz (bukan nama sebenar)! Tolong saya untuk intubation pesakit ni. Tolong saya siapkan barang-barang beserta tiub saiz 7,” permintaan aku kepada penolong pegawai perubatan.
“Baik.” Balasnya ringkas.
“Siapkan sekali difficult intubation kit kita. Susah nak intubate ni. Patient ‘besar’, short neck jugak,” sambungku dalam keadaan cemas.
“Nanti saya siapkan, doktor.”
Suasana di zon merah agak tegang ketika itu. Sudah tentu susah untuk lakukan intubasi keatasnya dengan saiz seberat 100kg lebih.
“Ahh! Aku akan lakukan! Aku mesti kena yakin” – hanya bermonolog untuk nak sedapkan hati sendiri.
Pesakit tersebut terpaksa dimasukan tiub ke dalam trakea untuk bantuan pernafasan. Alhamdulillah, akhirnya kami berjaya melakukannya. Kami melakukan demi untuk menstabilkan pesakit tersebut.
Imbasan CT scan otak dilakukan ke atas pesakit menunjukkan otaknya bengkak (cerebral edema). Paras sodium dalam darahnya pula sangat rendah iaitu 115 (paras normal sodium 135-145).
Aku tertanya-tanya apa puncanya. Lalu aku temui suami pesakit untuk dapatkan cerita lebih lanjut.
“Isteri encik ada ambil apa-apa ubat selain dari ubat hospital?” Soalku.
“Takde, doktor. Tapi isteri saya ada join program nak kuruskan badan. Mereka ada bagi tips suruh minum air 6-8 liter sehari. Dah seminggu dia minum gitu,” jelas suami pesakit.
Aku agak terkejut tips mengarut yang diberikan oleh so call ‘health advisor’ dari program entah apa-apa. Kini aku tahu pesakit tersebut mengalami cerebral edema (bengkak otak) akibat dari ‘water intoxication’ (mabuk air).
Guys! Water intoxication is real!
Minum air kosong (plain water) dengan banyak takkan menguruskan badan. Ia memudarat badan akibat dari water intoxication atau dalam bahasa Melayu mabuk air.
Mabuk air (Water intoxication) adalah disebabkan oleh pengambilan air kosong secara BERLEBIHAN dalam masa yang singkat. Kondisi ini menyebabkan paras garam sodium dalam darah menjadi rendah atau dipanggil hypervolemic hyponatremia.
Mabuk air (Water intoxication) adalah disebabkan oleh pengambilan air kosong secara BERLEBIHAN dalam masa yang singkat. Kondisi ini menyebabkan paras garam sodium dalam darah menjadi rendah atau dipanggil hypervolemic hyponatremia.
Kesan utama bahaya water intoxication adalah brain/cerebral edema (bengkak otak) yang boleh menyebabkan tahap kesedaran menurun dan sawan. Akhir sekali boleh koma.
Minum air kosong terlebih banyak akan menyebabkan garam sodium dalam darah dicairkan oleh air dengan cepat. Keadaan ini akan menyebabkan diluted hyponatremia.
Hyponatremia menyebabkan kepekatan osmolariti extracellular (luar sel) rendah berbanding intracellular (dalam sel) maka air akan bergerak dari luar sel ke dalam sel otak melalui proses osmasis. Kemudian seseorang itu akan mengalami brain edema/bengkak otak yang menyebabkan dia sawan. Lebih buruk lagi akan koma.
Oleh itu pengambilan air dalam sehari seperti yang dicadangkan iaitu 8 gelas sehari atau jika terasa dahaga untuk seorang dewasa yang normal. Minum air mencukupi bukan berlebihan. Sederhana dalam segala hal.
Nak kurus bukan dengan tips yang bukan-bukan tapi hanya dengan senaman secara berkala dan mengambil diet yang seimbang saja.
Sumber: Ahmad Zakimi Abdullah