Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Kerang Masak Cili Ala Sheila Rusly, Pedas Sik-Sik Memang Bikin Ketagih, 45 Minit Siap!

Resepi Kerang Masak Cili Ala Sheila Rusly, Pedas Sik-Sik Memang Bikin Ketagih, 45 Minit Siap!

Kategori:

Kerang masak cili ala Sheila Rusly. Memang sedap, betul tak tipu. Kalau kita lihat, keluarga Sheila Rusly memang suka makanan yang pedas. Tengok sahaja lah Sheila Rusly memasak, selalu masukkan lada yang banyak dalam masakan dan pastiya korang terliur setiap kali melihat masakan beliau kan. Apa kata kali ini buat sendiri je, memang sedap dan betul-betul padu!

Resepi Kerang Masak Cili Ala Sheila Rusly, Pedas Sik-Sik Memang Bikin Ketagih, Terlampau Sedap!

BAHAN-BAHAN:

  • Bawang besar | 2 biji *
  • Bawang putih | 4 ulas*
  • Halia | 1inci*
  • Cili besar merah | 2 biji*
  • Cili padi merah | 7/8 biji*
  • Serai | 2 batang dihiris panjang
  • Sos tiram
  • Sos cili
  • Perasa
  • Lada benggala |ikut suka nak letak@tidak
  • Kerang rebus | kopek kulit sebelah

CARA PENYEDIAAN:

  1. Kisar bahan bertanda *.
  2. Tumiskan serai dan baru masukkan bahan yang dikisar tadi.
  3. Masukkan sos tiram, sos cili, perasa dan lada benggala.
  4. Akhir sekali masukkan kerang.
  5. Siap untuk dihidangkan.

Kredit: Nur Kasih Fiezaima Fiza

SELAMAT MENCUBA!

Baca juga: Kerang Thai Style Pedas Masam Ini Sangat Sedap, Ini Resepinya

tags: