Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Petua Masak Sup Daging Siam Supaya Cepat Empuk & Tak Guna Banyak Minyak. Yang Penting Sedap!

Petua Masak Sup Daging Siam Supaya Cepat Empuk & Tak Guna Banyak Minyak. Yang Penting Sedap!

Kategori:
Sup Daging Siam

Bagi peminat lauk berkuah wajib cuba resepi sup daging siam perkongsian oleh Ben Safwan ini. Resepi mudah yang sedap dan juga tidak menggunakan banyak minyak. Daging juga cepat empuk, tak perlu tunggu lama. Yang penting memang ikut style kedai masakan panas Thai. Hirup panas-panas memang sedap sangat!

Petua Masak Sup Daging Siam Supaya Cepat Empuk & Tak Guna Banyak Minyak. Yang Penting, Sedap!

Bahan-bahan:

  • 500-800 gram daging lembu tempatan
  • 200 ml air

Bahan sup:

  • 500 ml air kosong
  • 1 1/2 pek perencah sup siam Adabi
  • 2 ulas bawang putih ketuk
  • 1 batang saderi panjang
  • 1 batang akar daun ketumbar ketuk
  • 4-5 tangkai daun ketumbar
  • 1-2 tangkai daun bawang
  • 2-3 cili Thai ketuk
  • 1/2 bawang Holland saiz besar
  • 2 biji tomato belah 4
  • 1 biji besar asam limau
  • 3 sudu makan sos ikan
  • Garam, serbuk perasa, bawang goreng secukupnya

Cara-cara:

  1. 500-800 gram daging lembu rebus dengan 200ml air 35-40 minit api kecil dan tutup periuk. Buka sikit periuk bagi ruang keluar.
  2. Panaskan minyak. Tumis bawang putih, hirisan bawang Holland, lada Thai ketuk, akar daun ketumbar, 2/3 bahagian tomato hingga bawang betul-betul layu.
  3. Kemudian baru tambah 700 ml air ( air + air rebusan daging ), daging rebus, daun ketumbar, perencah, sos ikan dan tomato. Buka api besar, tutup periuk dan didihkan.
  4. Bila dah mendidih, perasakan ikut tekak dengan serbuk perasa, garam sikit, hirisan adam limau hingga rasa masam pedas aroma sup. Air jangan kurang jangan lebih seperti di atas untuk sukatan ini.
  5. Dah siap. Boleh taburkan dengn bawang goreng.

Nampak menyelerakan kan? Kalau makan  Sup Daging Siam ini dengan nasi putih dan telur dadar memang padu. Tak ada lauk lain pun tak mengapa kan, cukup sekadar sup daging ini sahaja.

Kredit: Ben Safwan

Baca juga : Patut Pun’Viral’ Sebab Sedap Sup Daging Ala Thai Ni! Rasa Dia Lain Daripada Yang Lain, Ini Dia Resepinya

tags: