Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » ‘Bahaya’ Makan Kentang Bertunas & Berwarna Hijau Sebab Beracun? Baca Penjelasan Ini

‘Bahaya’ Makan Kentang Bertunas & Berwarna Hijau Sebab Beracun? Baca Penjelasan Ini

Kategori: ,
bahaya-makan-kentang-bertunas

Adakah benar kentang bertunas dan berwarna hijau mengandungi racun? Sejauh mana kebenarannya? Jom baca penjelasan dari Dr. Fatimah Salim yang merupakan seorang ahli kimia.

‘Bahaya’ Makan Kentang Bertunas & Berwarna Hijau Sebab Beracun? Baca Penjelasan Ini

Benar, ubi kentang (Solanum tuberosum) yang bertunas atau berwarna hijau menunjukkan kehadiran bahan kimia semulajadi yang bersifat toksin iaitu alkaloid glikosida seperti solanin (struktur kimia di bawah). Selain daripada ubi kentang, bahan kimia toksin ini juga terdapat pada tomato (Solanum lycopersicum), terung (Solanum melongena), iaitu tumbuhan dari genus Solanum.

Kehadiran bahan kimia toksin ini dapat dilihat dengan adanya warna hijau pada ubi kentang. Warna hijau ini sebenarnya disebabkan oleh kehadiran bahan kimia klorofil, namun meningkatnya klorofil ini menandakan banyaknya bahan kimia solanin terbentuk di situ.

Selain daripada warna hijau dan tunas sebagai penanda, bahagian kentang ini juga berasa pahit. Dan semakin tinggi terang warna hijau, semakin tinggi juga kandungan toksin yang wujud. Bahan kimia toksin ini sebenarnya dihasilkan pada tunas sebagai salah satu cara (aka mekanisma) pertahanan ubi kentang untuk memastikannya tidak dimakan, serta tumbuh dan membesar dengan jayanya.

Bahan Kimia Toksin Semula Jadi Tidak Musnah Dengan Haba Memasak

Bahan kimia toksin semulajadi ini tidak akan termusnah dengan haba memasak, namun kandungannya akan berkurangan sekiranya direbus dan air rebusan dibuang. Antara kesan keracunan toksin ini ialah gatal pada mulut, pening, loya, muntah, cirit-birit dan sakit perut yang mana boleh berlarutan kepada radang, sakit sendi serta mampu menyebabkan lumpuh, kecatatan kepada bayi dalam kandungan dan kematian.

Walau begitu, kesan-kesan ini adalah bergantung kepada jumlah (aka dos) toksin yang wujud dan ketahanan sistem badan individu. Ada yang boleh terkesan dengan jumlah yang hanya sedikit, ada pula yang tidak. Bagi keracunan dengan simptom ringan, badan kita mampu detox sendiri.

Jadi, Ubi Kentang Ini Sudah Tidak Boleh Dimakan?

Boleh, dengan membuang bahagian yang ditumbuhi tunas atau bahagian yang berwarna hijau. Ini kerana bahan kimia toksin ini hanya tertumpu pada tunas dan berhampiran kulit kentang yang berwarna hijau sahaja.

Kredit: Dr. Fatimah SalimAdakah benar kentang bertunas dan berwarna hijau mengandungi racun? Sejauh mana kebenarannya? Jom baca penjelasan dari Dr. Fatimah Salim yang merupakan seorang ahli kimia.

tags: |