Pasti ramai yang perasan bukan, taugeh ini memang cepat hitam dan lebam bila disimpan lama di dalam peti ais. Akhirnya taugeh terbuang begitu sahaja sebab kalau buat masak pun tak berselera nak makan sebab warnanya yang sudah bertukar hitam.
Rupanya ada petua mudah untuk menyimpan taugeh supaya kekal segar, tak hitam walaupun sudah berminggu di dalam peti ais. Taugeh kekal segar dan putih berseri macam pakai suncsreen. Nak tahu petuanya? Jom baca sehingga habis.
Petua paling mudah nak simpan taugeh tetap fresh, tak hitam adalah dengan masukkan asam keping dalam taugeh yang direndam dalam air.
Semoga petua ini bermanfaat untuk semua, selamat mencuba!
Kredit: Aine Soaudi