Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Tips Bersihkan Pengisar Dengan Bahan Di Dapur Je, Hilang Semua Bau Dan Yang Penting Mata Pisau Semakin Tajam!

Tips Bersihkan Pengisar Dengan Bahan Di Dapur Je, Hilang Semua Bau Dan Yang Penting Mata Pisau Semakin Tajam!

Kategori:
cara bersihkan pengisar dengan mudah

Blender atau mesin pengisar merupakan antara alat perkakasan yang sangat diperlukan jika para ibu atau sesiapa yang buat kerja dekat dapur. Sebab dengan menggunakan mesin pengisar ini semua kerja jadi mudah.

Tetapi apa yang menjadi masalah adalah apabila kita mempunyai satu sahaja mesin pengisar. Yang satu itulah kita gunakan untuk kisar bawang, cili, air buah dan kisarkan adunan kek.

Kadang-kadang kalau kita kisar air buah ada rasa bawang atau cili sekali. Memang kita dah cuci dan rendam dah, tapi bau dia tetap ada. Mungkin kita hanya basuh menggunakan sabun sahaja kot, oleh sebab itu bau dan rasanya masih melekat.

Apa kata selepas ini kita bersihkan pengisar ikut cara yang dikongsi oleh seorang wanita ini. Tips atau teknik yang dikongsi oleh wanita ini bukan sahaja dapat menghilangkan semua bau malah dapat menajamkan lagi pisau mesin pengisar tersebut.

Cara Bersihkan Pengisar Dengan Bahan Dapur, Berkilat Macam Baru!

Bahan yang diperlukan:

  • 2 sudu soda bikarbonat
  • 2 sudu garam kasar
  • Sabun pencuci | agak-agak sahaja
  • 2 cawan air

Cara-Caranya:

  1. Masukkan kesemua bahan di atas ke dalam pengisar.
  2. Kisarkan sampai berkilat, bersih dan hilang bau.

Mudah sahaja kan cara nak bersihkan pengisar ini? Sekali pusing je terus berkilat. Barulah nampak baru dan kemas je. Mudah je yang penting jangan malas!

SEMOGA BERMANFAAT!

Kredit: Dapur Ibu

Baca juga: Bahaya Risiko Dapur Kaca Pecah Tiba-Tiba, Ini Tips ‘Penting’ Yang Perlu Anda Tahu Bagi Mengelakkan Kejadian Tersebut!

tags: |