Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Gunakan Bahan Dapur Ini Bagi Menghalang Kucing Berak Dan Kencing Merata, Sembur Je Dah Tiada Najis Lagi!

Gunakan Bahan Dapur Ini Bagi Menghalang Kucing Berak Dan Kencing Merata, Sembur Je Dah Tiada Najis Lagi!

Kategori:
kucing berak merata

Kucing anda atau kucing luar sering berak dan kencing dekat garaj kereta atau mana-mana tempat yang tidak sesuai? Nak cuci tu memang agak menyusahkan. Berak dekat merata tempat. Kadang-kadang depan pintu pun kucing ini berak. Memang kurang menyenangkan.

Nak halau tapi tak tahu waktu bila dia nak berak dan kencing kan? Jadi apa kata korang guna cara ini. Hanya campurkan 3 bahan ini kemudian sembur je dekat mana-mana tempat. Sama ada depan pintu rumah atau tepi rumah. InshaAllah lepas korang sembur memang tiada dah kucing berak atau kencing dekat situ. Cara ini dikongsikan oleh Ella Ahmad menerusi facebooknya. Jom kita ikuti perkongsiannya.

Bahan Dapur Ini Mampu Menghalang Kucing Berak & Kencing Merata

Kencing/tahi kucing bersepah2 kat car porch..
Pernah tak jadi camni? Yg letak air merah dlm botol dh tak jalan..kucing skg dh sekolah..
Ok iols nk share ape yg iols buat supaya kucing2 ni x berak/kencing kat car porch..
P/s : resepi buat sendiri je pk logik akal.. resepi dlm setiap pic ye..jgn rsau simple nau2..

Cara-Caranya:

  1. 7-10 titis cuka makan (pada firasat sis, bau dy masam so busuk so kucing tak berkenan nak kencing/berak ke tempat yang disembur)
  2. 1/4 penutu[ pelembut kain (tak kisah laa brand ape sbb nak bg wangi ckit je, sbb kalau letak cuka je nt bau busuk, kalau letak pelembut kaun ni wangi la ckit baunye…
  3. Air paip (agak2 laa sampai penuh bekas spray)

Bekas spray beli kat kedai eco je

Ha dh isi sume bahan dlm ni goncang2 kan dah bley spray kat tempat mana yg kucing suka kencing/berak… alhamdulillah setakat ni car porch sis dh bebas bau kencing kucing… kalau tak, bukak je sliding door rse nk pengsan.. spray laa 2hr sekali.. kalau rajin..

SEMOGA BERMANFAAT!

Kredit: Ella Ahmad

Baca juga : Cara Mudah Rawat Mata Kucing Yang Berair Dengan Menggunakan Bahan Yang Ada Di Dapur Je. Jimat Kos Dan Cepat Sembuh!

tags: |