Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » MyIPO Jelaskan Cap Dagangan ‘Harimau Menangis’ Belum Jadi Hak Eklusif, Ibu Neelofa Di Minta Tidak Dahului MyIPO

MyIPO Jelaskan Cap Dagangan ‘Harimau Menangis’ Belum Jadi Hak Eklusif, Ibu Neelofa Di Minta Tidak Dahului MyIPO

Kategori:
MyIpo jelaskan Harimau Menangis

Cap dagangan bererti apa-apa tanda yang boleh dinyatakan secara grafik yang boleh membezakan barang-barang atau perkhidmatan satu perusahaan daripada perusahaan-perusahaan yang lain.

Berikutan isu cap dagangan ini, sejak semalam kecoh di media sosial berkenaan ibu Neelofa tidak membenarkan orang ramai menggunakan nama Harimau Menangis kerana beliau telah menghantar permohonan untuk cap dagangan bagi nama tersebut kepada MyIPO. Lantaran itu, rata-rata netizen tidak berpuas hati dan ramai yang mengecam tindakan tersebut.

Pihak MyIPo meminta tidak mendahului MyIPO…

Terbaharu, Perbadanan Harta Intelek (MyIPO) dalam satu kenyataan meminta ibu kepada Neelofa iaitu Datin Noor Kartini Noor Mohamed tidak mendahului MyIPO dengan mendakwa jenama Harimau Menangis telah didaftar sebagai trademark serta menjadi hak eklusif beliau.

Menurut Datuk Mohd.Roslan Mahayudin iaitu Ketua Pengarah MyIPO berkata, pihak MyIpo telah menerima permohonan daripada beliau untuk mendaftarka jenama Harimau Menangis baru diterima oleh MyIpo pada bulan November lalu dan ianya masih lagi dalam peringkat pemeriksaan.

Tambahannya lagi, jenama Harimau Menangis yang dipohon oleh beliau belum lagi diluluskan dan belum menjadi hak eklusif beliau lagi. MyIPo akan memproses permohonan beliau sepertimana biasa di mana sebarang keputusan yang dibuat adalah berdasarkan peruntukan undang-undang yang ada.

 

 

 

tags: | |