Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Ramai Yang Tak Tahu Rupanya Bukan Semua Buttercup Boleh Buat Kek & Biskut. Lain Bungkusan Lain Kegunaannya!

Ramai Yang Tak Tahu Rupanya Bukan Semua Buttercup Boleh Buat Kek & Biskut. Lain Bungkusan Lain Kegunaannya!

Kategori: ,
kegunaan buttercup

Butter atau mentega merupakan produk tenusu yang dihasilkan daripada lemak susu haiwan lalu diproses dengan air, garam dan juga susu. Tetapi ada juga butter yang tidak dicampur dengan garam. Butter ini dipanggil Unsalted Butter.

Berkenaan dengan Butter jika dilihat terdapat pelbagai nama dan jenis bungkusan butter. Nama yang paling popular dan sering kita gunakan adalah Buttercup. Terdapat pelbagai jenis bungkusan Buttercup ini sama ada ketul, di dalam tin dan juga dalam tong.

Setiap jenis bungkusan tu bukan semua sesuai di buat kek atau kuih. Ada yang sesuai dan ada yang tidak. Jadi jom kita baca lebih lanjut untuk mengetahui kegunaan Buttercup ini.

Kegunaan Buttercup mengikut bungkusannya

BUTTERCUP KETUL

Buttercup ketul, biasanya harganya lebih murah berbanding buttercup lain. Dengan bungkusan sebegini membuatkannya lebih mudah untuk digunakan dan di simpan.

  • Sesuai untuk buat biskut
  • Sesuai untuk dimakan bersama roti
  • Tak sesuai untuk buat kek sebab nanti tekstur kek akan jadi kering dan berderai bila dipotong

BUTTERCUP TIN

Buttercup bertin, merupakan buttercup yang sesuai untuk membuat kek dan dimasukkan ke dalam masakan. Namun ianya tidak sesuai untuk menghasilkan biskut kerana rasanya yang masin. Nanti tak pasal-pasal biskut yang anda buat terlebih masin. Tak termakan nantinya.

  • Sesuai untuk buat kek
  • Sesuai digunakan dalam masakan
  • Tak sesuai untuk biskut sebab rasa dia masin

BUTTERCUP TONG

Buttercup dalam tong seperti ini sering digunakan oleh pengusaha kedai kek atau biskut raya. Hal tersebut adalah kerana pengunaan Buttercup dalam tong ini lebih menjimatkan berbanding yang biasa. Malah buttercup ini juga sangat sesuai untuk membuat biskut dan kek.

  • Sesuai untuk buat biskut
  • Sesuai untuk kek

Semoga perkongsian ini dapat memudahkan urusan anda untuk menyediakan kuih atau biskut raya. Pastikan bahan yang anda gunakan adalah betul dan tekniknya juga betul. Barulah hidangan atau makanan yang dihasilkan sedap. Ingat ya, bukan semua buttercup sesuai untuk buat kek dan roti.

SEMOGA BERMANFAAT! 

Baca juga: Tips Memilih Butter, Bukan Tengok Mahal Ke Murah Tapi Tengok Apa Kegunaannya!

tags: |