Tak ramai yang tahu bahawa Kek Batik ini sebenarnya kek turun temurun nenek moyang kita. Sejarah kek ini bermula daripada zaman jajahan lagi di mana ada seorang wanita Melayu yang sangat hebat memasak dan menjadi tukang masak untuk orang-orang British. Wanita inilah yang menggabungkan resepi kek arwah ibunya dengan biskut dari british iaitu Biskut Marie.
Zaman semakin moden dan Biskut Marie juga dihasilkan lebih moden. Kek Batik Indulgence yang kini menjadi semakin popular memang digemari kebanyakan orang. Dekat kedai banyak yang menjualnya dengan pelbagai jenis harga. Jadi jika anda nak buat sendiri pun boleh, jom kita ikuti resepi Kek Batik Indulgence dari Mr.Ali ini.
Perkongsian Hampir 3.2K, Ini Dia Resepi Lengkap Kek Batik Indulgence Mr.Ali Yang Mudah, Sedap Dan Tak Muak!
- Loyang 7 inci
- Ada 3 lapisan (Kek Batik, Cream Cheese, Ganache)
RESEPI KEK BATIK
Bahan-Bahan :
- 4 telur ( resepi2 legend kek batik mmg pakai banyak telur, nk kurangkan pun boleh, lain orang lain resepi so chill)
- 200g butter. (kalau pakai marjerin / buttercup @ butterblend sedikit masin)
- 300 g biskut merry
- 3 sudu serbuk coklat bancuh dengan air panas
- 2 sudu gula
- 4 sudu susu pekat
- Secubit garam ( optional) ( again, kalau pakai buttercup/ marjerin atau butterblend tak perlu masukkan)
Cara Penyediaan:
- Panaskan butter sampai cair, then masukkan semua bahan kecuali biskut…
- Telur tu masukkan sambil gaul, dan gaul sampai pekat
- Dah agak2 pekat, tutup api,biarkan dalam 2-3 minit then baru masukkan biskut.
- Gaulkan dan isi dalam bekas
- Mampatkan. Dan isi dalam peti sejuk dalam 30- 40 minit
RESEPI CREAM CHEESE/INDULGENCE
Bahan-Bahan:
- 120g whipping cream
- 40 gram gula kastor
- Setengah sudu kecil essen vanilla
- 250g cream cheese
Cara Penyediaan:
- Gelatin adalah pilihan masing2. nk masuk pun boleh tak nak masuk pun xpe. Tujuan gelatin untuk bagi potongan lebih cantik, struktur kek lebih kukuh. Bagi saya gelatin ni dia rasa sedikit kenyal bila kita makan. Atas selera masing2.
- (Gelatin 10 gram + 40 ml air panas( pastikan betul2 panas)
- Larutkan kedua bahan ni sampai ianya mencair
- Masukkan bahan2 diatas kecuali whiping cream & gelatin
- Pukul sampai rata dan baru masukkan whiping cream dan gelatin
- Tuang atas kek batik tadi.
- Masukkan dalam peti sejuk. Biarkan sejuk dalam sejam
RESEPI GANACHE
Bahan-Bahan:
- 100 gram whiping cream
- 100 gram dark chocolate
- satu sudu kecil butter
Cara Penyediaan:
- Double boil kan semua bahan2 di atas. Dah sebati kasi suam2 dulu then baru tuang atas cream cheese tadi
- Tinggalkan semalaman & boleh makan.
SELAMAT MENCUBA!
Kredit: Mr.Ali