Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Dipercayai Aiskrim Buatan Tempatan Dicemari Virus COVID-19, Libatkan Hampir 5,000 Kotak Di China

Dipercayai Aiskrim Buatan Tempatan Dicemari Virus COVID-19, Libatkan Hampir 5,000 Kotak Di China

Kategori:
aiskrim Covid-19

CHINA- Baru-baru ini pihak berkuasa China telah menjalankan satu ujian dan mendapati aiskrim buatan tempatan di wilayah Tianjin di China dicemari dengan virus COVID-19. Ujian tersebut telah dibuat ke atas produk aiskrim dan hasilnya mendapati ketiga-tiga sampel itu positif.

Menerusi China Daily, kira-kira 4,836 kotak aiskrim telah dihasilkan oleh syarikat berkenaan, di mana 2,089 telah dipekkan dan 1,812 daripadanya telah diedar untuk dijual di pasaran.

Menurut ahli virologi Universiti Leeds, Dr.Stephen Griffin , aiskrim tersebut positif COVID-19 didakwa berpunca daripada hubungan manusia dan bersifat “one-off”. Tambahannya lagi ia juga mungkin daripada masalah dengan kilang pembuatannya dan berpotensi disebabkan faktor kebersihan di kilang aiskrim tersebut.

Lebih-lebih lagi aiskrim yang dibuat dengan lemak kemudian disimpan pada suhu sejuk akan memudahkan virus tersebut bertahan. Tetapi dijelaskan kembali oleh Dr.Stephen Griffin, orang awam tidak perlu terlalu panik dan gusar tentang kes tersebut.

Langkah penutupan telah dilakukan oleh pihak perbandaran terhadap semua premis sejuk beku yang dipercayai mempunyai kaitan dengan jualan produk tersebut. Sehingga kini sebanyak 65 kotak aiskrim yang telah dijual di pasaran berada di bawah pemantauan untuk dibuat ujian.

Bagi orang awam yang telah membeli aiskrim keluaran syarikat tersebut telah diminta untuk melaporkan tahap kesihatan dan pergerakan mereka bagi tindakan lanjut.

Sumber: China Daily & Siakap Keli

tags: |