Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Baru Je Post Dah Di Share Beribu Orang, Ini Dia Resepi Garlic Butter Prawn Yang Paling Simple Dan Sedap!

Baru Je Post Dah Di Share Beribu Orang, Ini Dia Resepi Garlic Butter Prawn Yang Paling Simple Dan Sedap!

Kategori:
Garlic Butter Prawn

Nak masak makanan yang simple tetapi sedap pada musim PKP ini? Anda boleh cuba masak Garlic Butter Prawn ini. Nak buat kerja lagi, nak jaga anak lagi, nak kemas rumah lagi memang tak sempat la kan? Jadi anda boleh masak makanan yang simple macam ni je. Garlic Butter Prawn kalau makan dengan nasi putih sahaja pun dah menyangkut habis.

Baru Je Post Dah Di Share Beribu Orang, Ini Dia Resepi Garlic Butter Prawn Yang Paling Simple Dan Sedap!

BAHAN-BAHAN:

Bahan A:

  • Udang
  • Sedikit garam
  • Chili flakes
  • Serbuk lada hitam
  • Butter

Bahan B:

  • 1 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 tangkai cili kering
  • 5 biji cili hijau
  • Sedikit daun ketumbar
  • 1 tangkai daun kari
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Perahalan air lemon
  • Sedikit susu cair
  • Slice cheddar cheese

CARA PENYEDIAAN:

  1. Gaulkan udang dengan sedikit garam, chili flakes dan serbuk lada hitam. Masak sekejap dengan butter dan ketepikan.
  2. Tumis bawang merah, bawang putih, cili kering, cili hijau, sedikit daun ketumbar dan daun kari.
  3. Kemudian masukkan sedikit serbuk kunyit dan perahan air limau.
  4. Masukkan pula sedikit susu cair.
  5. Kemudian masukan udang yang separuh masak tadi.
  6. Akhir sekali masukkan slice cheese. Gaul sebati dan siap.
  7. Sedia untuk dihidangkan.Garlic Prawn Butter

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Shidah Daud

Baca juga: Ini Dia Cara Buat ‘Kari Udang Ubi Kentang’ Yang Lain Daripada Lain, Memang Sedap Dan Padu Rasanya, Terbaik!

tags: