Tidak dinafikan, penularan wabak COVID-19 telah memberi kesan kepada banyak industri sehingga ramai yang telah dibuang kerja dan terpaksa mencari pekerjaan lain. Ramai yang telah mengambil keputusan untuk menjadi rider penghantar makanan tak kira samaada Foodpanda, Grab dan sebagainya.
Semalam, tular di laman sosial jumlah pendapat seorang rider Foodpanda yang telah menjadi bualan dan perhatian netizen. Ramai yang terkejut kerana dalam masa dua bulan, rider tersebut berjaya meraih RM 18,005.
Menerusi perkongsian oleh rider itu sendiri, dia berkongsikan hasil penatnya yang bekerja siang dan malam demi mencari rezeki yang halal.
Income foodpanda rider. – Safwan Seth
Netizen turut mengatakan bahawa ia bukan sesuatu yang mudah untuk mendapat pendapatan sebanyak itu kerana memerlukan komitmen dan usaha yang tinggi.
Malah, ada juga netizen mengatakan bahawa disamping nilai yang besar, lihatkan kesusahan dan kepayahan rider ini.
Namun, ada juga yang berpendapat tindakan rider tersebut yang mendedahkan pendapatannya hanya akan memberi kesan kepada rider lain. Apa pendapat anda tentang perkara ini?