Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, khidmat penghantaran makanan perlu mempunyai surat kebenaran polis.
Menurut beliau, penghantar makanan yang bekerja untuk syarikat perlu mendapatkan surat majikan manakala individu yang bekerja secara persendirian perlu mendapatkan surat kebenaran dari pihak PDRM.
”Kita telah berbincang dengan pihak PDRM iaitu majikan ataupun secara persendirian mesti memaklumkan kepada pihak polis.
”Kalau mempunyai majikan, majikan mengeluarkan surat yang mengesahkan individu tersebut bekerja sebagai penghantar makanan dan kalau yang tiada yag bekerja secara individu maka mereka boleh memohon kepada pihak polis.
”InsyaAllah dengan surat daripada majikan dan kebenaran daripada polis mereka boleh melalui sekatan jalan raya dengan mudah tanpa sekatan daripada pihak polis,” katanya semalam.
Justeru itu, beliau mengharapkan semua yang terlibat untuk segera mendaparkan surat daripada majikan atau pihak polis (individu).
PKP : KHIDMAT PENGHANTARAN MAKANAN PERSENDIRIAN SAHAJA PERLU KEBENARAN PDRM pic.twitter.com/bm22SLCswc
— MAJLIS KESELAMATAN NEGARA (@MKNJPM) January 19, 2021
Sumber: MKN Rasmi & Siakap Keli