Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Rupanya Makanan Disejukbeku Boleh Tahan 3 Bulan, Baca Penjelasan Pakar Kimia Ini

Rupanya Makanan Disejukbeku Boleh Tahan 3 Bulan, Baca Penjelasan Pakar Kimia Ini

Kategori: ,
makanan disejukbeku

Ramai para isteri yang bekerja dan tidak sempat untuk memasak. Maka mereka mengambil inisiatif untuk meyejukbeku lauk pauk yang dimasak di dalam peti sejuk. Bila nak makan, hanya perlu panaskan.

Melalui perkongsian oleh seorang suami di laman sosial Facebook, dia berkongsikan gambar lauk pauk hasil masakan isterinya yang akan disimpan dalam peti beku dalam satu grup masakan. Namun, ramai yang mempersoalkan sejauh mana ketahanan makanan yang disejukbeku itu.

Sejauh Mana Ketahanan Makanan Yang Disejukbeku?

Bagi menjawab persoalan tersebut, jom baca penjelasan oleh Dr. Fatimah Salim yang merupakan seorang ahli kimia.

Ada yang bertanya benarkah makanan yang disejukbeku boleh tahan seperti dalam ss yang dikongsikan di bawah.

Jawapannya: YA, benar.

Makanan yang disejukbeku boleh tahan lama 3 bulan. Ini kerana suhu yang rendah ini merencatkan aktiviti kuman dan memperlahankan tindakbalas kimia dalam makanan iaitu punca makanan rosak.

Bergantung kepada jenis makanan yang dibekukan ini (terutamanya yang sudah dimasak), boleh bertahan sepenuhnya berkualiti sekitar 3 bulan simpanan. Nutrisi sedia ada juga kekal.

Selepas tempoh ini, stabiliti komponen masakan akan mula terganggu dan kualitinya akan berkurangan. Namun masih lagi selamat dimakan.

Cara Betul Simpan Lauk Yang Disejukbeku Selepas Dimasak

  1. Pastikan setiap lauk yang akan dibekukan untuk sekali makan. Selepas masak, sejukkah (jangan tunggu lama) dan terus bekukan.
  2. Bila nak makan, keluarkan awal untuk nyahbeku. Boleh juga panaskan dalam steamer. Sebaiknya elak guna ketukar mikro gelombang.
  3. Pastikan bekas simpan lauk freezer selamat.

Jadi jika anda mempunyai sebarang lauk pauk yang tidak kehabisan, boleh lah menyimpannya. Yang penting jangan melebihi 3 bulan.

Baca Juga: Ikan Siakap Mahal? Ini Rupanya Senarai Makanan Termahal Di Malaysia Yang Korang Wajib Tahu

tags: