Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » 800 Botol Sold Out Dalam 30 Saat, Khairul Aming Henti Sementara Jual Sambal Nyet Kerana…

800 Botol Sold Out Dalam 30 Saat, Khairul Aming Henti Sementara Jual Sambal Nyet Kerana…

Kategori:

Baru-baru ini Khairul Aming yang merupakan seorang influencer makanan terkenal telah menghebohkan laman sosial bila mana dia berjaya menjual 10,000 unit Sambal Nyet yang baru dikeluarkannya hanya dalam masa 54 minit sahaja.

Beliau juga turut mendedahkan kelemahan yang dihadapi di sebalik jualan sambal penyet beliau yang pertama. Tindakannya itu telah mendapat pujian dari warganet kerana kebanyakan penjual lain akan menutup kelemahan produk mereka.

Semalam, Khairul Aming restock kembali 2, 000 botol sambal nyet di Shopee. Dalam 30 saat, 800 botol sambal nyet telah sold out! Namun, beliau merasakan ada ‘sesuatu’ yang tidak kena dalam jualannya itu. Beliau mengambil keputusan untuk menghentikan sementara jualannya buat sementara waktu. Jom baca penjelasannya di bawah.

Menurutnya, 800 botol terjual dalam 30 saat bukan sesuatu yang sihat. Ramai yang membazir masa depan screen telefon, namun telah membuatkan pembeli berasa ‘tertekan’ bila ianya sold out.

Ini keputusan yang telah dibuat.

Walaupun lebih 10,000 botol telah terjual selepas 2 minggu berniaga, beliau dengan rendah diri tetap mengakui banyak lagi ilmu yang perlu dipelajarinya. 

Pada masa yang sama, Khairul Aming mahu menjaga kualiti produk kerana ada yang memberi feedback yang kurang memberangsangkan.

Lalu Khairul Aming membuat keputusan untuk menghentikan sementara jualan untuk beberapa hari demi menstrukturkan semula proses pengurusan sambal nyet tersebut.

Buat yang berjaya membeli 2,000 botol semalam, proses penghantaran telah dilakukan harini ini.Sumber: Khairul Aming

tags: