Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Amal Air Kunyit Asam Jawa Ini Jika Period ‘On Off’, Nak Awet Muda & Bertenaga Pun Kena Cuba!

Amal Air Kunyit Asam Jawa Ini Jika Period ‘On Off’, Nak Awet Muda & Bertenaga Pun Kena Cuba!

Kategori:

Ramai wanita yang berdepan dengan masalah haid yang tidak teratur kan? Masalah ini boleh membuatkan orang perempuan rasa sangat tertanggu. Antara masalah yang sering dihadapi adalah darah haid keluar sikit-sikit dan kadang darah keluar kadang tak. Kadangkala tidak keluar darah, tapi keluar cairan berwarna coklat.

Semua masalah yang dihadapi ini akan membuatkan tubuh rasa tidak lemau dan tidak bersemangat. Jadi apa kata jom sama-sama amalkan air kunyit asam jawa perkongsian oleh Lyndah Abraham yang dikatakan boleh melancarkan darah setiap kali haid. Semoga bermanfaat!

Amal Air Kunyit Asam Jawa Ini Jika Period ‘On Off’, Nak Awet Muda & Bertenaga Pun Kena Cuba!

Nak period lawas..nak period lancar? amalkan lah jamu. Jamu ni bukan makan hari2 seumur hidup pun. Ada masa kita rehat ada masa kita makan. Bila kita berjamu period akan lawas dan lancar. Malah ada yang hilang senggugut macam saya.

Selain dari jamu boleh amalkan, Air Kunyit Asam Jawa versi Mak kita..

Bahan-bahan:

  • Kunyit hidup 1 inci
  • Halia 1 inci
  • Asam jawa 1 sudu makan
  • Garam secubit
  • Air suam 1 cawan

Cara-cara:

  1. Tumbuk lumat kunyit, halia dan garam.
  2. Campurkan bahan tumbuk dengan asam jawa. Kemudian tuangkan air suam.
  3. Tapis air kunyit asam kedalam cawan tadi.
  4. Sedia untuk di minum. Boleh Amalkan sebulan sekali (haid hari ke 2 atau selepas haid)
  5. Tak perlu rebus, kalau nak rebus boleh je. Tapi mak kita cakap khasiat tak sama.

AMARAN: Dinasihatkan supaya tidak di amalankn hari2. Sebabnya kunyit bersifat mengeringkn darah haid, jadi boleh mempercepatkan pra menopause.

Khasiat air kunyit asam jawa:

  • Melancarkan darah haid atau nifas
  • Melawaskan pembuangan bagi dalam pantang sangat2 membantu dari terkena sembelit. Bagi berpantang boleh amalkan selama 3 hari berturut-turut. Biasanya mak kita buat masa darah nifas hari ke7-10, masa ni darah nifas macam ada takde
  • Menaikkan seri wajah
  • Mencantikkn tubuh
  • Menyihatkan tubuh.memberi tenaga
  • Awet muda jika diamalkan

Kredit: Lyndah Abraham

tags: