Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Seorang Ibu ‘Kantoi’ Mencuri Makanan & Ubatan, Tak Sangka Ini Tindakan Polis….

Seorang Ibu ‘Kantoi’ Mencuri Makanan & Ubatan, Tak Sangka Ini Tindakan Polis….

Kategori:
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya

Mencuri adalah satu kesalahan yang sepatutnya perlu diambil tindakan, namun mungkin kadang kala kita perlu memandang pada sudut yang lain. Pelaksanaan PKP kali kedua ini semestinya telah memberi impak kepada sesetengah golongan.

Mungkin ada sebab disebalik tindakannya itu, mungkin pelaku tersebut benar-benar dalam kesusahan. Mungkin itulah yang yang terlintas dalam fikiran Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee Bin Mohd Faisal terhadap seorang suri rumah yang ‘kantoi’ mencuri.

Seorang Ibu ‘Kantoi’ Mencuri Makanan & Ubatan, Tak Sangka Ini Tindakan Polis….

YDH Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee Bin Mohd Faisal terpanggil untuk mengunjungi seorang surirumah yang telah ditahan oleh anggota sekuriti di sebuah pasaraya kerana gagal membayar barang-barang yang ada bersamanya. Barang-barang yang dimaksudkan adalah ubat-ubatan dan makanan untuk anaknya yang sedang sakit.

Atas dasar belas ehsan, IPD Petaling Jaya dan Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menyumbangkan barangan makanan dan barangan harian kepada beliau. Diharapkan agar terus cekal dalam menghadapi cabaran di dalam meneruskan kehidupan sepanjang tempoh Pandemik Covid-19 ini.

Sumber: Polis Daerah Petaling Jaya

tags: |