Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Wanita Beli Roti Tak Ada Inti, Pihak Gardenia Prihatin Hadiahkan Cenderamata Dan Akan Melakukan Siasatan!

Wanita Beli Roti Tak Ada Inti, Pihak Gardenia Prihatin Hadiahkan Cenderamata Dan Akan Melakukan Siasatan!

Kategori:
roti gardenia akan sis

Baru-baru ini heboh di laman facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ini (MATJHI) berkenaan dengan seorang wanita yang berkongsi pengalamannya membeli roti gardenia coklat tapi tiada inti di dalamnya.

Pada awalnya niat seorang wanita yang dikenali dengan Rozita Mohd Yunus ini hanyalah ingin berkongsi pengalaman yang agak kelakar baginya itu. Tetapi tidak pula menyangka bahawa pihak Gardenia amat prihatin.

Menerusi postingan roti tiada inti itu, pelbagai komen yang ditulis oleh warganet dan ada juga yang tag pihak Gardenia sendiri sehinggakan mendapat perhatian pihak Gardenia.

Pihak Gardenia telah pun menghubungi dan datang ke rumah wanita ini. Pihak gardenia juga memaklumkan akan melakukan siasatan ke atas kejadian tersebut. Malah dalam masa yang sama, pihak Gardenia juga menghadiahkan cenderamata berupa pelbagai jenis roti Gardenia buatnya.

Terima kasih semua…

Assalamualaikum.. Ramai yg tertunggu2 sambungan kisah roti xde inti ni smlm..terima kasih sbb ada yg tag pihak gardenia & pihak gardenia telah pun dtg ke rumah saya utk mengambil roti yg xde inti tu (mmg prosuder mereka akan menyiasat sekiranya menerima aduan).

Niat saya post kat group ni hanyalah utk berkongsi lawak bila dpt roti kosong. Ada plk nitizen yg mengecam pihak gardenia dan saya jgk kena kecam kata menipu siap korek buang inti. Mcm2 lg lah kecaman cuma malas nak layan org jenis xpuas hati dan suka hentam org je kejenya.

Ada jgk yg komen lawak2 saya suka baca.. Terhibur. Terima kasih sbb viralkan post saya dgn 27k likes, 3k komen & 400 shares. Saya terpaksa delete post saya yg sebelum ni (walau rasa sayang.. kenangan pkp 2.0) sbb ada yg share menghentam pihak gardenia.

Saya xmau nnti kes ni dah selesai nnti tahun dpn post saya akan di upkan lg. Wakil gardenia Pn Norhayati telah memberi saya cenderamata produk roti gardenia (weii.. Jgnla harap dpt selori roti plk haha..) syukurla org dah bg kita terima. Pn Norhayati juga ada menerangkan pd saya yg sampel roti akan mereka siasat dlm masa 7 hari dan selepas report kluar mereka akan trus menghubungi saya.

Terima kasih semua harap korang up cerita2 yg menghiburkan. Jgn stress mase pkp 2.0 ni yer. Saya maafkan kamu2 yg kecam tu..

Rata-rata warganet memuji pihak Gardenia yang mana dikatakan sangat prihatin akan pelanggan mereka. Malah dalam masa yang sama ada juga warganet yang bercerita kebaikan pihak Gardenia sebelum ini.

Salute gardenia…

Roti gardenia memang terbaik…

Saya suka brand gardenia ni…

Terbaik gardenia…

Sumber: Rozita Mohd Yunus

tags: