Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Kuih Jongkong Mudah Dan Sedap Dahlia’s Kitchen

Kuih Jongkong Mudah Dan Sedap Dahlia’s Kitchen

Kategori: ,

Pernah dengar nama kuih Jongkong? Kuih Jongkong ini adalah kuih tradisional lama. Kuih ni sudah jarang di dapati.. jarang di jual dan jarang juga orang nak membuatnya. Boleh di katakan kuih ini adalah antara kuih yang semakin pupus. Kenapa ianya semakin di lupai? Mungkin juga payah nak dapat daun pisang sekarang yang membuatkan kuih moden lebih mendapat tempat. Jangan Bimbang kuih ini juga boleh buat di dalam bekas palstik. Oleh itu, saya ingin berkongsi resepi dan cara membuat kuih jongkok dengan mudah dan sedap daripada Dahlia’s kitchen.

Resipi Kuih JONGKONG

BAHAN2 LAPISAN HIJAU:

  • 1 Sudu Besar Tepung Sagu/Beras/Tapioca Flour
  • 10 Cawan Santan Cair
  • 1 Cawan Air Daun Pandan
  • 1/2 Sudu Teh Garam
  • 2 Sudu Kecil Air Kapur
  • Sedikit Pandan Paste

*Semua Bahan2 disatukan, ditapis dan kacau atas api hingga meletup2.

BAHAN2 LAPISAN PUTIH:

  • 2 Cawan Penuh Tepung Beras
  • 11 Cawan Santan Pekat
  • 4 Sudu Teh Garam
  • 1 Sudu besar Tepung Sagu

*Semua Bahan2 disatukan, ditapis dan kacau atas api hingga meletup2.

BAHAN2 GULA:

  • 1 Cawan Gula Melaka
  • 1 Cawan Gula Pasir
  • 1 Cawan Gula Timbang(brown sugar)
  • 2 Helai Daun Pandan
  • 2 Sudu Besar Tepung Gandum yg dilarut dengan air.

*Semua Bahan2 disatukan, ditapis dan kacau atas api hingga meletup2.

#Sediakan Santan 1 liter di tepi.

Cara-cara penyediaan:

  1. Gula: Satukan gula melaka, gula pasir, dan gula timbang bersama air. Masukkan daun pandan. Masak atas api sampai mendidih. Tambah tepung gandum. Kemudian tapis.
  2. Lapisan Hijau: Campurkan tepung beras dan garam, bersama santan cair, serta air daun pandan. Gaul sebati. Tambahkan air kapur dan pandan paste. Kacau dan tapis. Masak atas api dan sentiasa kacau sampai mengental. Tuang diatas lapisan gula tadi. (*Jika adunan tu meletup2, bermakna dah masak).
  3. Lapisan Putih: Campurkan tepung beras, tepung ubi serta garam secukup rasa bersama santan pekat. Gaul sebati. Kacau dan tapis. Masak atas api dan sentiasa kacau sampai mengental. Tuang diatas lapisan gula dan lapisan hijau tadi. (*Jika adunan tu meletup2, bermakna dah masak).
  4. Sejukkan. Siap!

Selamat mencuba.

*Cara2 membuat, sila rujuk pada Tutorial Video.

Kredit: Dahlia’s Kitchen

 

tags: |