Begedil merupakan makanan yang diperbuat daripada ubi kentang yang digoreng atau direbus. Kemudian akan digaul dengan daging cincang atau ayam berserta dengan daun bawang. Setelah itu ia akan digoreng dan dihidangkan. Memamg ramai yang menyukainya tetapi semenjak keluarnya tauhu begedil, ramai orang sudah tidak membuatnya lagi. Mungkin sudah tiba masanya untuk anda membuat Begedil Ayam berbentuk bulat ini.
Bebola Begedil Ayam Yang Laku Keras, Sekali Hidang Terus Licin. Ini Resepi Lengkap Membuatnya!
BAHAN-BAHAN:
- 7 biji kentang | potong dadu
- Sedikit garam
- Lada sulah
- Daging ayam | kisar
- Hirisan daun suup
- Hirisan lada merah
- HIrisan bawang merah
- 3 biji telur
- Bawang goreng
CARA PENYEDIAAN:
- Goreng ubi kentang. Kemudian lenyek-lenyekkan dalam mangkuk.
- Masukkan garam, lada sulah, daging ayam, daun sup, lada merah, bawang merah, 1 biji telur dan bawang goreng.
- Lalu gaulkan semuanya sampai bersatu.
- Kemudian bulat-bulatkan adunan yang digaul macam meatball.
- Simpankan dalam bekas dan masukkan dalam peti ais selama 1/2 jam sebelum digoreng.
- Pukul 2 biji telur dalam mangkuk. Panaskan minyak, celupkan bergedil tadi kemudian boleh mula menggoreng.
- Siap untuk dihidangkan.
Nota: Boleh makan dengan soto atau lada kicap. Nak makan macam tu sahaja pun boleh.
SELAMAT MENCUBA!
Kredit: Har reea Via MAHN
Baca juga: Ini Dia Resepi Soto Bihun Yang Lazat Dan Aroma Sup Yang Membangkitkan Selera, Memang Sedap!