Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Buat Ayam Masak Kicap Pedas Berkuah Pekat, Lauk Yang Mudah & Sedap

Cara Buat Ayam Masak Kicap Pedas Berkuah Pekat, Lauk Yang Mudah & Sedap

Kategori:
ayam-masak-kicap-pedas-kuah-pekat

Ada pelbagai aneka versi resipi ayam kicap yang boleh dicuba. Diantaranya adalah ayam kicap lada hitam, ayam kunyit kicap berempah dan banyak lagi. Tapi jika anda suka yang jenis pedas dan berkuah pekat, ikuti cara buat ayam masak kicap pedas berkuah pekat ini. Ikut sahaja resipi langkah demi langkah ini.

Cara Buat Ayam Masak Kicap Pedas Berkuah Pekat, Lauk Yang Mudah & Sedap

Bahan perap:

  • Ayam dicuci bersih
  • Garam
  • Serbuk kunyit
  • Bawang putih + halia (tumbuk lumat)
  • Pes cili 2 sudu (kurangkan jika tak suka pedas)
  • Kicap

Bahan tumis:

  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Halia
  • Cili kering
  • Daun kari
  • Bunga lawang
  • Kulit kayu manis
  • Tomato

Cara-cara:

  1. Perapkan ayam bersama garam, serbuk kunyit, pes bawang putih halia dan pes cili cili.
  2. Perap sekali bersama kicap selama 15 hingga 30 minit.
  3. Tumis kayu manis dan bunga lawang.
  4. Kemudian masukkan cili kering dan daun kari.
  5. Tambahkan bawang besar, bawang putih dan halia.
  6. Masukkan separuh tomato.
  7. Masukkan ayam yang sudah diperap tadi. Simpan lebihan kicap dari perapan.
  8. Kacau sebati dan tutup periuk.
  9. Masak sehingga ayam separuh masak selama 10 minit.
  10. Tambah lebihan perapan tadi.
  11. Biarkan sehingga ayam masak. Selamat mencuba!

Kredit resipi: Selvanayagi Rajalingam

tags: |