Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Orang Malaysia Beli Syarikat Jem ‘Ternama’ Di Australia, Sampai Jadi Buah Mulut Di Sana

Orang Malaysia Beli Syarikat Jem ‘Ternama’ Di Australia, Sampai Jadi Buah Mulut Di Sana

Kategori:

Mungkin ramai yang belum mengenali Azmi Zainal yang merupakan Ketua Pegawai Operasi (COO) Farm Fresh dan juga pengasas kepada produk jenama Farm Fresh. Pelbagai dugaan dan cabaran yang terpaksa ditempuh oleh beliau sehingga akhirnya berjaya dan kini susu Farm Fresh telah digemari hampir seluruh rakyat Malaysia.

Beberapa jam yang lepas, beliau telah memuatnaik satu posting berkaitan pelaburan oleh beliau dan rakan kongsinya di Australia sehingga telah menjadi ‘buah mulut’ dunia korporat di sana.

https://www.facebook.com/NuClenz/posts/3742982019071064

Pelaburan Kini Menampakkan Hasil

Menurut posting tersebut, pada mulanya teragak-agak untuk berkongsikan kisah pelaburan beliau dan rakan kongsinya. Namun kini pelaburan sudah menampakkan hasil dan tidak malu untuk berkongsikan kepada rakyat Malaysia.

Membeli Kilang Jem Di Australia

Pada mulanya, mereka mahu membina kilang baru di Australia namun disebabkan ia akan mengambil masa yang lama dan pelbagai kriteria ketat dikenakan. Mereka membuat keputusan untuk membeli kilang yang sedia ada.

Menjadi Buah Mulut Kerana Ia Kilang ‘Ternama’ Di Australia

Mereka telah membeli sebuah kilang jem yang mempunyai keluasan 20 ekar untuk diperluas menjadi kilang susu. Apa yang membanggakan adalah, pengambilan kilang jem ini telah menjadi buah mulut dunia korporat di sana. Hal itu kerana kilang jem tersebut merupakan sebuah syarikat jem ternama di Australia iaitu “Henry Jones Pte Ltd” yang mengeluarkan jenama IXL.

Kebanggaan Australia, Syarikat Warisan Berusia 123 Tahun

Henry Jones Pte Ltd adalah kebanggaan rakyat Australia kerana ia adalah syarikat warisan yang berusia 123 tahun. Pembelian kilang jem ternama tersebut oleh Azmi Zainal dan rakan kongsi telah membuatkan rakyat Australia tertanya-tanya, siapakah pemilik baru Henry Jones.

Jem IXL sangat popular di sana dan telah dieksport ke Eropah, Timur Tengah, Cina, Hong Kong dan sebahagian Asean. Orang Australia telah memanggil mereka sebagai “The market distrupter”.

Kini Jem IXL Milik Rakyat Malaysia, Jenama Milik Malaysia

Kini jenama jem IXL telah berada di Malaysia dan ia merupakan milik rakyat Malaysia. Azmi Zainal berharap rakyat Malaysia akan menyokong dan membeli jem jenama IXL yang merupakan jenama milik Malaysia ini.

Sumber: Azmi Zainal

tags: | |