Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Tulang Merah Dahlia’s Kitchen

Tulang Merah Dahlia’s Kitchen

Kategori: ,

Sup tulang merah terkenal di Johor Baharu dan Singapura. Biasanya mereka menggunakan tulang gearbox daging kambing. Tetapi menggunakan gearbox daging lembu pun boleh. Sup tulang merah ini enak jika dimakan dengan nasi putih, cicah dengan roti atau hirup sahaja pun sudah memadai. Jom ikut resepi yang disediakan oleh Dahlia’s kitchen.

TULANG MERAH DAHLIA’S KITCHEN

* Bahan-bahan untuk 2 kg tulang atau 2 kg daging kari

BAHAN-BAHAN KISAR (Blend):

  • 3 Biji Bawang Besar
  • 1 Genggam Bawang Kecil
  • 2 Genggam Bawang Putih
  • 2 Ibu Jari Halia
  • 1 Genggam Chili Kering. (ikut citarasa masing2)

BAHAN-BAHAN TUMIS:

  • 3 Sudu Makan Tomato Puri
  • 4 Sudu Makan Tomato Sos
  • 4 Sudu Makan Rempah Kari Daging
  • 5 Biji Tomato ( dipotong dadu )
  • 1 Batang Kayu Manis
  • 3 Biji Pelaga
  • 1 Bunga Lawang
  • 3 Biji Bunga Cengkih

BAHAN-BAHAN LAIN:

  • 2 kg Tulang atau 2 kg Daging Kari

*( Tulang direbus bersama hirisan Halia sehingga hampir empuk, ambil tulang nye sahaja, air rebusan dibuang.)

  • 5 Biji Kentang ( dipotong dadu )
  • 5 Biji Bawang Besar ( dipotong dadu )
  • 3 Batang Lobak Merah
  • 3 Sudu Makan Kicap Masin
  • 2 Biji Telur ( dikocok )
  • Suku Kobis ( dihiris )
  • Kacang Pea ( optional )
  • Pewarna ( digaul bersama air )
  • Tepung Jagung ( digaul bersama air )
  • Gula dan Garam secukup rasa

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak, tumis kesemua bahan kisar sampai garing. Masukkan rempah kari serta rempah tumis (kayu manis, pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih). Tumis sampai pecah minyak.
  2. Masukkan tomato, tomato puri, sos tomato. Kemudian, masukkkan tulang atau daging kari, serta masukkan air.
  3. Masukkan bawang besar, lobak merah, kentang, garam, gula, serta kicap masin. Masak sehingga empuk.
  4. Masukkan pewarna supaya nampak cantik. Masak senhingga mendidih, Kemudian, masukkan telur. Masak sebentar.
  5. Akhir sekali, masukkan sedikit tepung jagung, masak sebentar. Masukkan suku kobis. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas.

Selamat mencuba.

*cara memasak rujuk video tutorial.

Kredit: Dahlia’s Kitchen

tags: |