Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Daging Bakar Danok Guna Air Fryer, Tapi Tetap Lembut & ‘Juicy’!

Resepi Daging Bakar Danok Guna Air Fryer, Tapi Tetap Lembut & ‘Juicy’!

Kategori:
Resepi Daging Bakar Danok

Aneka menu menarik boleh dibuat dengan menggunakan daging seperti sup daging, daging goreng thai dan pelbagai lagi. Kali ini apa kata jom cuba resepi daging bakar danok hasil perkongsian oleh Puan Rozaida Rodzi. Hanya perlu bakar menggunakan air fryer, jika tiada anda boleh menggunakan kuali. Selamat mencuba!

Resepi Daging Bakar Danok Guna Air Fryer, Tapi Tetap Lembut & ‘Juicy’!

Bahan-bahan (perapan daging):

  • Daging (guna bahagian yg lembut)
  • 1 sb sos ikan
  • 1 sb sos tiram
  • 1 sk gula perang
  • 1 sb madu
  • 1 sk lada hitam kasar
  • 1 sk minyak

Cara-cara:

  1. Satukan semua bahan bersama daging dan perap selama 1 jam atau lebih.
  2. Kemudian bakar atas kuali dengan menggunakan api sederhana sampai masak atau gunakan air fryer pada suhu 170 selama 30 minit.

Bahan-bahan sos:

  • Bawang putih (tumbuk)
  • 2 sb sos ikan
  • 1 biji limau nipis
  • 1 sk palm sugar @ gula perang
  • 1 sb serbuk cili (chili flakes)
  • 1 sb beras sangai – ditumbuk halus
  • 1 biji bawang merah – hiris halus
  • Daun ketumbar – hiris
  • Air sikit

Cara-cara:

  1. Goreng beras tanpa minyak (sangai), jangan sampai hangit. Kemudian tumbuk halus.
  2. Campurkan bahan-bahan lain dalam mangkuk dan kacau sebati. Rasa mengikut mengikut citarasa masing-masing.
  3. Selamat mencuba!

Kredit: Rozaida Rodzi

tags: |