Hampir 2 tahun kita hidup dalam normal baharu COVID-19 di mana-mana. Masih di sini, di samping manusia dan menyebabkan ramai yang terkesan. Bukan sahaja manusia malah ekonomi juga tergugat angkara COVID-19 ini.
Ramai masyarakat dunia pada hari ini kehilangan pendapatan sehingga sukar menampung kehidupan sekeluarga. Malah ada yang lebih menyedihkan lagi apabila ada yang terpaksa mengikat perut kerana tiada wang yang mencukupi untuk membeli makanan seharian.
Tetapi lain pula yang berlaku di Indonesia apabila ada seorang lelaki merupakan peniaga telur ayam bertindak membuang semua telur ayam yang diternak olehnya ke dalam semak.
Kejadian yang berlaku itu kerana lelaki tersebut berasa kecewa kerana harga pasaran telur ayam turun mendadak. Sedangkan dia terpaksa menanggung kos yang tinggi untuk makanan ayam yang mana harganya melonjak naik. Tetapi dia tidak mendapat untung daripada modal yang dikeluarkan.
Kejadian yang berlaku di Magetan, Jawa Timur ini telah cuba dihentikan oleh orang ramai namun lelaki ini tetap tidak mengendahkannya. Malah, dia terus membuang semua telur ayam tersebut dengan jumlah yang banyak.
Tindakan lelaki itu mendapat kecaman daripada warganet yang terkilan mengenangkan situasi yang berlaku di negara mereka pada ketika ini. Bukan sahaja berdepan wabak COVID-19, malah beberapa bencana seperti banjir, gempa bumi dan sebagainya menyebabkan rakyat memerlukan bekalan makanan untuk terus hidup.
https://www.instagram.com/p/CKc6e3VL8te/?utm_source=ig_web_copy_link
Sumber : makassar_iinfo