Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Buat Puding Roti Coklat Guna 3 Bahan Mudah, Bersama Sos Creamy Lazat!

Cara Buat Puding Roti Coklat Guna 3 Bahan Mudah, Bersama Sos Creamy Lazat!

Kategori:
resepi-puding-roti-3-bahan-6

Setiap kali nak buat puding roti, biasanya kita guna roti putih kan? Rupa-rupanya boleh juga gunakan roti coklat kismis untuk menggantikan roti putih. Rasanya juga lebih sedap, memang lain dari lain! Ibu-ibu bolehlah cuba untuk minum petang nanti. Lihat resepi lengkap puding roti coklat di bawah, semoga bermanfaat!

Cara Buat Puding Roti Coklat Guna 3 Bahan Mudah, Bersama Sos Creamy Lazat!

Bahan-bahan puding roti:

  • 2 kotak susu coklat
  • 2 biji telur
  • 1 bungkus roti coklat kismis

Cara-cara:

  1. Lapik baking paper dalam loyang. Letakkan roti dan lenyekkan sedikit supaya mampat.
  2. Dalam mangkuk, pukul telur bersama susu coklat. Kacau sebati, kemudian tuangkan ke atas roti dalam loyang tadi. Biarkan seketika supaya roti terendam bersama campuran telur dan susu tadi. 
  3. Panaskan oven pada suhu 180 celcius selama 10 minit terlebih dahulu. Kemudian baru masukkan loyang dan bakar selama 30 minit. Bila dah masak, sejukkan di dalam peti ais.

Bahan-bahan sos:

  • 1 tin susu cair
  • 1 tin air hampa sukat dlm tin yg sama
  • 1/2 sudu tepung jagung
  • 1 sudu tepung kastard
  • 5 sudu gula

Cara-cara:

  1. Dalam periuk, satukan semua bahan. Buka api perlahan sahaja. Kacau sehingga kental, kemudian sejukkan di dalam peti ais.
  2. Sedia untuk dimakan. Makan sejuk-sejuk lagi sedap!

Kredit: Munirah Jasamai

Baca juga: Lelaki Ini Kongsi Cara Buat Neslo Karamel, Minum Sejuk-Sejuk Memang Nikmat!

tags: