Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Suami Juga Perlu Makan Asid Folik, Bukan Cuma Isteri. Doktor Ini Jelaskan Sebabnya

Suami Juga Perlu Makan Asid Folik, Bukan Cuma Isteri. Doktor Ini Jelaskan Sebabnya

Kategori: ,
suami makan asid folik

Anda tahu tak apa kebaikan dan fungsi asid folik terutama bagi kaum wanita yang sedang hamil atau yang sedang cuba untuk mengandung? Bagi yang sedang mengandung, anda boleh muda mengamalkan asid folik sejak 4 ke 5 minggu kehamilan bagi menguatkan tulang bayi dan pembentukan janin yang sempurna.

Asid folik juga boleh dimakan sebelum kehamilan lagi kerana ia juga sangat baik untuk hormon wanita. Malah doktor juga menyarankan agar anda mengambilnya tiga bulan sebelum merancang untuk memiliki zuriat. Diantara kebaikan asid folik adalah:

  • Menguatkan tulang bayi
  • Pembentukan janin yang sempurna
  • Menguatkan rahim wanita
  • Mengelakkan kecacatan pada bayi
  • Perkembangan bayi yang sihat

Adakah lelaki juga boleh makan asid folik?

Ramai yang menganggap, hanya golongan wanita yang perlu mengambil asid folik bukan? Namun ramai yang tidak tahu, asid folik juga boleh meningkatkan kesuburan lelaki jika mereka mengambilnya. Selain itu, asid folik juga boleh membantu penghasilan DNA atau kualiti sperma yang lebih baik.

Untuk penerangan lanjut, jom lihat perkongsian daripada seorang doktor ini yang mungkin boleh dijadikan panduan kepada anda yang sedang ikhtiar untuk memiliki anak.

https://www.tiktok.com/@thedancedoc/video/6909852527622196482?referer_url=https%3A%2F%2Fkisahdunia.com%2F&referer_video_id=6909852527622196482&is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Sumber: TikTok Doktor Amir Aqram Bin Azizi

Baca Juga: Selalu Mengantuk Dan Letih? Amalkan Makanan Untuk Tingkatkan Tenaga!

tags: