Pastinya setiap orang mempunyai cara yang berbeza dalam menyediakan hidangan atau makanan buat keluarga tersayang. Kebiasaanya para ibu pasti akan menggunakan cara yang mudah agar mereka dapat sediakan makanan dengan cepat dan mudah agar selepas ini mereka boleh siapkan kerja lain pula.
Lain orang lain caranya. Begitu juga dengan cara seorang wanita ini yang menyediakan makan malam buat anak-anaknya membuatkan orang ramai terkejut dan tidak selesa dengan cara yang dipratikkan olehnya tersebut.
Menerusi sebuah video yang tular di Twitter, wanita berkenaan kelihatan sedang menuangkan satu tin pasta bersoso ke dalam kerak pai. Kemudian terus menyapu mentega pada roti secara cincai sahaja dan tidak rapi, sebelum menaburkan serbuk bawang putih dan menggunakan tangannya sendiri untuk melenyek dan menumbuk roti tadi.
Walaupun terdapat penggulung adunan di atas meja namun dia tetap tidak menggunakannya. Kemudian wanita itu dilihat menaburkan keju dan menuangkan susu ke dalam pasta tadi sebelum menambah satu lagi tin pasta dan keju serta serbuk bawang dengan jumlah yang banyak sebelum meletakkan roti tadi di atas.
Cara wanita itu sediakan makanan dengan keadaan yang cincai jelas membuatkan ramai marah dan meninggalkan pelbagai komen.
https://twitter.com/TheKalenAllen/status/1353074300144685056?s=20
Sumber: Kalen Allen