Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Chocolate Cupcakes, Teksturnya Sangat Light, Moist & Sudah Pasti Tersangat Sedap!

Resepi Chocolate Cupcakes, Teksturnya Sangat Light, Moist & Sudah Pasti Tersangat Sedap!

Kategori:
resepi chocolate cupcakes

Pastinya anda sudah biasa makan atau membuat Muffin Chocolate Chip kan?  Ia merupakan antara cupcake yang mudah dan juga enak. Jadi apa kata kali ini kita cuba pula buat Chocolate Cupcakes resepi dari Masterchef terkenal Australia ini.

Resepi ini dikongsi oleh Noraini Jaafar di laman facebook. Menurut Noraini resepi ini dia dapat dari Majalah The Guardian @ Dan Lapard. Resepi ini juga pernah dilabelkan sebagai “the best ever chocolate cupcakes” tau. Jadi rugilah kalau korang tak buat.

Resepi Chocolate Cupcakes Yang Mudah & Sedap!

RESEPI CASTARD

Bahan-bahan:

  • 50 g tepung jagung
  • 3 tbsp serbuk koko
  • 100 g gula perang
  • 225 ml cold water
  • 75 g unsalted butter
  • 125 g dark chocolate | potong kecil
  • 75 ml minyak masak
  • 2 tsp vanilla extract
  • 2 telur saiz A
  • 115 g gula caster
  • 125 g tepung gandum
  • 2½ tsp baking powder

Cara penyediaan:

  1. Masukkan tepung jagung, serbuk koko, coklat gula perang dan air dalam periuk. Putarkan dengan api yang perlahan sehingga menggelegak menjadi pekat dan sebati.
  2. Tutup api dan masukkan butter ke dalamnya yang dipukul dengan hand mixer hingga cair dan sebati lalu dimasukkan minyak masak, vanilla dan sebiji telur. Pukul lagi sehingga semua sebati.
  3. Masukkan telur yang terakhir diikuti dengan gula caster dan dipukul hingga pekat dan likat serta sebati.
  4. Ayak tepung dan baking powder dalam mangkuk yang berlainan dikacau sebati dan dimasukkan ke dalam custard. Kacau dengan senduk dahulu secara kaup balik kemudian pukul dengan hand mixer hingga sebati.
  5. Masukkan ke dalam paper cup (adunan hanya masuk setengah dari saiz paper cup) yang diletakkan dalam muffin pan/tray.
  6. Panaskan oven pada suhu 180’C/ 350F, selepas 3 minit baru masukkan cupcake untuk dibakar selama lebih kurang 25 minit.

RESEPI BUTTERCREAM FROSTING

Bahan-Bahan:

  • 1 cawan (230g) unsalted butter
  • 3 1/2 cawan (420g) gula halus
  • 1/2 cup (45g) serbuk cocoa
  • 3 tbsp (45ml) fresh milk
  • 1/4 tsp garam
  • 2 ts vanilla extract

Cara Penyediaan:

  1. Dengan mixer, pukul butter pada kelajuan sederhana sehingga creamy dalam 2 minit.
  2. Masukkan  gula halus, koko, fresh milk, garam dan vanilla. Pukul  selama 30 saat pada kelajuan rendah dan ditukar kepada kelajuan tinggi selama 1 minit penuh.
  3. Tambah 1/4 lagi gula confectioner/serbuk jika frosting terlalu cair atau 1 tbsp fresh milk jika terlalu pekat adunan. Kena segera guna untuk buttercream frosting ini atau boleh tahan disimpan dlm peti sejuk selama seminggu.

Nampak sedap kan Chocolate Cupcakes ini? Cubalah buat sendiri dekat rumah. Pasti anda semua akan berpuas hati dengan hasil yang anda dapat bila cupcake ini sudah siap.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Noraini Jaafar Via MAHN

Baca juga : Resepi Cupizza Yang Berkeju Dan Sedap, Sekali Ngap Mesti Nak Lagi Memang Tak Cukup!

tags: