Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Sampai Hilang Semangat Masak, Lelaki Sebak Anak Peminat No 1 Masakannya Telah Pergi Selamanya

Sampai Hilang Semangat Masak, Lelaki Sebak Anak Peminat No 1 Masakannya Telah Pergi Selamanya

Kategori:
lelaki sebak anak meninggal

Suatu masa, setiap orang akan merasa kehilangan orang yang tersayang. Cepat atau lambat, masanya tetap akan tiba. Namun pastinya mengambil masa untuk menerima hakikat kehilangan itu.

Menerusi group Suami Masak Apa Hari Ini (SMAHI) di Facebook, Fazli Sahak Ishak berkongsikan kisah sedih malam tadi apabila anak perempuan kesayangannya telah dijemput Ilahi pada 3 hari lepas.

Anaknya juga merupakan peminat dan pengkirik nombor 1 masakannya. Kehilangan anak kesayangan membuatkan Fazli ‘hilang’ semangat untuk memasak.

Assalamualaikum & salam sejahtera semua..

Anak sulung saya telah kembali ke rahmatullah pada 25 jan 2021. Saya kehilangan peminat dan pengkritik no 1 masakan saya..

Hilang sudah semangat saya untuk memasak. Namun saya tabahkan jua.

Harini daddy masak bihun goreng untuk dihantar ke tahfiz untuk tahlil kakak.

Netizen Tak Henti Bagi Semangat

Perkongsian Fazli di group SMAHI telah mendapat banyak maklum balas dari ahli di sana yang mengucapkan takziah buatnya.

“Moga diberikan kekuatan…”

Sumber: Fazli Sahak Ishak

tags: