Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Pegangan Saham Saya Memang Kecil…”, Azmi Zainal Jawab Tentang Isu Saham Di Farm Fresh Yang Tular Sejak Kebelakangan Ini!

“Pegangan Saham Saya Memang Kecil…”, Azmi Zainal Jawab Tentang Isu Saham Di Farm Fresh Yang Tular Sejak Kebelakangan Ini!

Kategori:
Azmi Zainal jawab isu share Farm Fresh

Siapa lagi yang tidak kenal dengan Azmi Zainal, Ketua Pegawai Operasi (COO) Farm Fresh dan juga pengasas kepada produk jenama Farm Fresh yang semakin terkenal. Baru-baru ini heboh berkenaan dengan beliau yang membeli kilang jem di Australia dan terkini tular dan giat diperkatakan oleh warganet tentang saham milik Azmi Zainal di Farm Fresh hanyalah sebanyak 1.3% sahaja.

Menurut Azmi Zainal sendiri menerusi laman facebooknya, memang pegangan saham beliau kecil tetapi selepas 11 tahun dengan berkat usaha dan kerja keras yang tak pernah henti, kini nilai syarikat Farm Fresh telah melonjak berlipat kali ganda.  Nilai share yang pada awalnya kecil itu kini telah mencapai jutaan ringgit.

Ya… pegangan saham saya mmg kecil, mana bisa orang yg dah down dlm bisnes dan meniaga d pasar mlm punya byk wang utk memiliki saham yg besar… pelaburan dalam industri tenusu pula ratusan juta… selepas 11 tahun nilai sykt kami melonjak berlipat2 kali ganda atas usaha keras kami…alhamdulillah nilai share yg kecil tu jadi byk juta nya…

Menurutnya juga, beliau pernah mengalami pelbagai kesusahan sebelum ini. Selain dari berhujan panas berniaga dan berkeringat peluh sehingga basah seluar dalam sewaktu membawa lori untuk menghantar susu kerana lori tiada aircond, beliau juga pernah ditengking bangla ketika merchandise di Mydin.

Dalam masa yang sama Azmi Zainal pengasas produk tenusu Farm Fresh ini juga menceritakan tentang kisah liku-liku perjalanan perniagaan Farm Fresh ini. Kejayaan paling besar beliau rasakan adalah berjaya mewujudkan peluang perniagaan dan pekerjaan kepada rakyat Malaysia.

Malah ramai juga anak-anak luar bandar Muadzam mendapat manfaat daripada perniagaan susu lembu segar ini. Bukan sahaja menjadi operator atau jaga lembu tapi ramai yang diangkat menjadi tenaga kerja profesional oleh syarikat Farm Fresh ini. Apa yang lebih membanggakan lagi adalah 80 peratus dari pekerja syarikat Farm Fresh ini adalah melayu islam.

Bohonglah kalau saya kata bukan RM yg saya kejar…

Dalam perjalanan perniagaan bersama farm fresh… bohonglah kalau saya kata bukan RM yg saya kejar, tapi bagi saya kejayaan paling besar ialah mewujudkan peluang perniagaan dan pekerjaan kepada rakyat malaysia… 634 peluang pekerja dapat kami berikan… ramai anak2 luar bandar d muazam mendapat munafaatnya dan bukan setakat jadi operator atau jaga lembu, tapi ramai yg kami angkat menjadi tenaga kerja professional, kami latih, kami didik mereka…
Buka kilang d pendalaman ni byk kekurangannya… tiada manager atau engineer yg profesional mahu bekerja dan tinggal di pendalaman… beberapa kali kami cuba bawa mereka dan tawarkan gaji tinggi… mereka cabut kerana mereka tidak biasa hidup d luar bandar… apalah lagi pilihan yg kami ada… kami latih anak2 muazam yg berbakat untuk menggalas tugas ini… alhamdulillah mereka semakin bagus dan komited utk membangunkan syarikat serta tempat lahir mereka. Dan 80% dari mereka adalah melayu islam… bangsa saya dan bukan bangsa australia

Bukan itu sahaja, beliau juga telah mencetuskan ilham program micropenuer yang dipanggil Home Dealer yang menjual susu. Niat murni beliau pada awalnya adalah untuk membantu suri-suri rumah bagi menambah pendapatan tetapi suri rumah yang menyertainya mempunyai bakat dan semangat yang tinggi. Kerana mereka bukan sahaja jual susu tersebut kepada jiran-jiran tetapi mereka juga berjualan di carboot sale, masuk expo dan jual di kedai-kedai.

Home Dealer sudah mencapai lebih dari 2000 orang…

Kini Home Dealer sudah mencapai lebih dari 2000 orang dan bukan sahaja terdiri daripada suri rumah tetapi ramai juga pekerja kerajaan serta swasta yang membuat part time. Lebih mengejutkan lagi jumlah jualan mereka semua pada tahun 2020 mencapai 150 juta.

Pada 2016 juga brader cetuskan ilham program micropenuer kami yg kami panggil Home Dealer… mereka jual susu. Pada asalnya niat brader untuk suri2 rumah tambah pendapatan untuk bantu suami dlm perbelanjaan isi rumah. Tapi suri2 rumah ini sangat berbakat dan bersemangat…

mereka bukan hanya jual pada jiran2 tapi mereka berjualan d carboot sale, masuk expo, jual kat kedai2 dan kini bilangan mereka mencapai lebih dari 2000 orang dan bukan suri rumah shj… ramai juga para pekerja kerajaan dan swasta yg buat part time jual susu bagi membantu ekonomi keluarga…

dan jumlah jualan mereka(home dealer sahaja) pada tahun 2020 mencapai 150juta. Ramai di kalangan mereka sudah punya kedai sendiri, ada van dan lori untuk menghantar susu… kami modalkan dulu tanpa sebarang guarentor atau bank deposit, kami ambil risiko kredit untuk bantu mereka….98% dari mereka adalah bangsa saya bangsa melayu malaysia dan bukan juga bangsa melayu australia.

https://www.facebook.com/NuClenz/posts/3751073588261907?__tn__=%2CO*F

Jadi sepatutnya kita bangga dan sokong kerana ramai anak melayu islam yang berjaya seperti Azmi Zainal ini. Jangan terlalu dipandang share miliknya di syarikat Farm Fresh kecil. Walaupun tampak kecil tetapi nilainya terlalu tinggi. Tengok sahaja lah hari ini, mana-mana pun pergi, masuk kampung sekali pun susu Farm Fresh tetap juga kelihatan. Semoga terus maju dan membantu ramai lagi rakyat Malaysia. Kami bangga dengan anda!

tags: | |