Ekoran daripada Perintah Kawalan Pegerakan (PKP) 2.0 ini, pengedar-pengedar dadah sekali lagi mula mengambil kesempatan dengan menggunakan khidmat penghantar makanan bagi mengaburi mata pihak berkuasa untuk menghantar bekalan dadah kepada ‘pelanggan’ mereka.
Menerusi perkongsian oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman. Pihak yang terlibat telah mengambil tindakan proaktif dengan menempatkan anggota-anggota Narkotik bertugas di sekatan-sekatan jalan raya bagi mengekang aktiviti ini.
https://www.facebook.com/jsjnpdrm/posts/254670819395165
Kepada rider diminta berhati-hati dengan setiap pesanan yang diambil dari pelanggil, takut nanti tak pasal-pasal kalian jadi mangsa ‘kedai dadah’.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat tentang pengedaran dadah juga diminta untuk membuat laporan segera. Sila hantarkan whatsapp ke HOTLINE JSJN di talian 012-2087222 (beroperasi 24 jam). Identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan.