Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » McDonald’s Keluarkan Aiskrim Perisa Sambal Cili, Tetapi Aiskrim Ini Hanya Di McDonald’s…

McDonald’s Keluarkan Aiskrim Perisa Sambal Cili, Tetapi Aiskrim Ini Hanya Di McDonald’s…

Kategori:
Aiskrim Perisa Sambal Cili

Seperti yang semua tahu, McDonald’s sering membuat ‘kejutan’ dengan mengeluarkan pelbagai menu baharu yang menarik. Namun menu yang dikeluarkan berbeza bagi setiap negara, bersesuaian dengan selera dan cara pemakanan negara tersebut.

Jika di Malaysia, kita ada nasi lemak McD sememangnya ‘kena’ dengan tekak kita. Begitu juga dengan negara lain seperti China, dimana mereka mengeluarkan satu menu yang baru iaitu aiskrim sambal cili.

Namun, ia bukanlah satu perkara yang luar biasa bagi rakyat negara China kerana mereka sememangnya sudah sebati dengan perasa cili dan makanan pedas. Sundae perisa baharu ini dipanggil sebagai ‘Spicy Chilli Oil Sundae’

Mungkin bagi kita di Malaysia, menu ini agak pelik kerana gabungannya yang tidak sesuai. Kalau menu ini masuk ke Malaysia, agak-agak ada yang berani cuba tak?

tags: |