Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ibu Ini Kongsi Resipi Ayam Kunyit Berkuah, Anak Selalu Mintak Sebab Tak Puas Makan!

Ibu Ini Kongsi Resipi Ayam Kunyit Berkuah, Anak Selalu Mintak Sebab Tak Puas Makan!

Kategori:
AYAM KUNYIT BERKUAH

Masih tercari-cari menu untuk masak tengah hari? Apa kata jom buat ayam kunyit berkuah ini. Tak perlu susah-susah masak banyak lauk, satu lauk ini pun dah cukup. Selamat mencuba!

Ibu Ini Kongsi Resipi Ayam Kunyit Berkuah, Anak Selalu Mintak Sebab Tak Puas Makan!

Isi ayam gaul dengan serbuk kunyit dan sedikit serbuk kari dan garam. Boleh juga letak serbuk perasa jika suka. Serbuk kunyit jangan letak sikit sangat. Kemudian goreng dalam minyak yang sudah dipanaskan.

Bila ayam dah masak, masukkan bawang holland, bawang putih dalam 3 ulas (hiris nipis). Kalau nak masukkan cili merah hiris atau capsium pun boleh.

Kacau sebati sehingga bawang dah layu. Kemudian masukkan carrot dan kacang panjang. Kacau rata sehingga sayur lembut.

Bila semua dah sebati, masukkan sos tiram secukup rasa. Gaul sebati.

Selamat mencuba!

Kredit: Mim Ishak

Baca juga: Mudah Sangat Nak Buat Perapan Ayam BBQ Ni, Confirm Laku Keras Kalau Buat

tags: