Burger merupakan antara makanan segera kegemaran hampir semua orang di seluruh dunia. Malah, jika kita lihat di Malaysia, antara burger yang paling terkenal sejak berpuluh tahun dahulu adalah burger Ramly. Walaupun ramai yang pernah merasa burger Ramly ini tetapi tak ramai yang mengenali siapa pengasas burger Ramly ini.
Lagi pula pengasas burger Ramly iaitu Dato’ Dr Haji Ramly seorang yang sangat merendah diri. Jika keluar beliau hanya pakai t-shirt dan selipar biasa, tak nampak macam orang yang ada syarikat bernilai ratusan juta pun.
Berkenaan dengan syarikat Ramly Burger, terbaharu Aliff Ahmad III ada menceritakan serba sedikit tentang syarikat tersebut. Walaupun Haji Ramly ni tak dikenal orang seperti mana bos-bos hebat yang lain tapi total sales dia jauh lebih besar dari Farm Fresh tau.
Boss Ramly Burger ni pegang 70% saham syarikat tersebut. Berpuluh kali ganda saham yang dipegang oleh Boss Susu. Jadi korang boleh bayang tak berapa keuntungan yang beliau dapat. Manakala lagi 20% saham adalah milik isterinya iaitu Datin Hajjah Shala manakala lagi 10% adalah milik anaknya iaitu Siti Hayu. Beliau tak main orang luar pun, main keluarga dia je.
Dan apa yang lebih menarik lagi adalah mereka tak nak buat IPO. Menurut Alif Ahmad, bukan semua bisnes suka buat IPO. Ada yang suka kekal private. Masing-masing punya caralah. Kalau pergi IPO pun tak semestinya semua hebat belaka.
Kagum sangat sebenarnya sebab Ramly Burger ni masih milik 100% Haji Ramly dan keluarga, milik bangsa Melayu. Malah Ramly Burger ini bukan sahaja terkenal di Malaysia tetapi ianya juga terkenal di negara luar.
Sumber: Aliff Ahmad III
Baca Juga: Lelaki Ini Dedah Rambutan Goreng Lebih Sedap & Beraroma, Bijinya Juga Lebih Mudah Tertanggal!