Setiap orang pasti diuji. Tidak kira ujian itu dalam berbentuk apa sekalipun, pasti setiap orang pernah merasai peritnya diuji. Walaupun betapa beratnya ujian yang terpaksa kita hadapi, ingatlah bahawa ujian yang Allah berikan tidak melampaui batas hambanya. Allah uji sebab kita mampu menghadapinya.
Seperti mana kisah yang dikongsi oleh seorang lelaki dilaman facebook berkenaan dengan seorang wanita yang sering dilihat olehnya mengayuh basikal. Kadang-kadang bawa anak kecil. Tidak kira waktu hujan mahu pun panas dia tetap juga meredah dengan basikalnya.
Pada suatu hari, abang ini ternampak wanita ini singgah membeli kuih di sebelah gerainya. Dia kemudian tergerak hati untuk berikan sedikit ikan padanya. Abang ini juga sempat bertanya kepada wanita tersebut, dari mana dan nak kemana sebab selalu nampak wanita tersebut naik basikal.
Namun jawapan wanita ini mengejutkan abang ini. Siapa sangka wanita yang hari-hari mengayuh basikal ini adalah seorang guru yang bertugas di sebuah sekolah rendah. Kadang kala wanita ini akan pergi sekolah menumpang orang atau menaiki grab.
Dan tiada siapa duga juga basikal itu sahaja kenderaan yang beliau miliki. Kereta dah kena tarik sebab suaminya sudah tidak bekerja akibat sakit stroke OKU dan guru hebat ini mempunyai 6 orang anak.
Jawapan yang keluar dari mulut seorang guru hebat ini membuatkan abang dan rakannya berasa sangatlah sedih dan cuba menahan air mata. Sehingga abang ini terfikir untuk maklumkan pada UEL atau insan lain yang memiliki rezeki lebih untuk hadiahkan motosikal buat guru ini.
https://www.facebook.com/ViralMediaJohor/posts/4112881352078667?__cft__[0]=AZWtxmfFXZLt2_qTg1FrXQY42b-wFkcySN1A2LA4uLisc1R8sIelHsogt2v8erkPc0_Zec_juq_wILOhZxt9gT_jgHYuCbWSbCGf1rnHJPfFI4kfVxmJiaK-MwQrQ8gmUtIfvvciNusMSROgtSgn7l6a&__tn__=%2CO%2CP-R
Sumber: Viral Media Johor