Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Cara Mudah Hilangkan Getah Pisang Atau Nangka Pada Pisau Kesayangan Anda

Cara Mudah Hilangkan Getah Pisang Atau Nangka Pada Pisau Kesayangan Anda

Kategori: ,
cara hilangkan getah pada pisau

Pernah ke korang hadapi masalah nak membersihkan getah nangka atau getah pisang atau apa-apa getah dekat pisau kesayangan korang? Dah tonyoh dengan minyak dan air sabun, masih ada juga yang melekat. Dah lah susah, span basuh pinggan turut melekat sekali dengan getah pula.

Jadi korang yang menghadapi masalah tersebut mungkin boleh tengok cara mudah yang dikongsi oleh Wan Zamilah Yusuf ini dilaman facebook. Bukan sahaja mudah malah pisau anda juga akan kelihatan sangat berkilat, persis pisau baru!

Cara Mudah Hilangkan Getah Pisang Atau Nangka Pada Pisau Kesayangan Anda

CARA-CARANYA:

  1. Ini dia kesan getah pada pisau.
  2. Sapukan minyak masak pada seluruh pisau tu.
  3. Kemudian panaskan atas api. Api kecil je tau.
  4. Agak-agak dah panas sapu terus dekat kain. 
  5. Taadaaa, berkilat!

SEMOGA BERMANFAAT!

Kredit: Wan Zamilah Yusuf Via MATJHI

 

tags: |