Tidak dinafikan, kini Starbucks masih lagi digilai oleh semua warga dunia. Siapa je yang tak minat minuman starbucks ini kan? Minuman ini dianggap mewah dalam kalangan masyarakat Malaysia. Mungkin anggapan itu disebabkan harganya yang agak mahal berbanding minuman di kedai biasa atau kedai lain.
Seperti yang diketahui semua, Starbucks menyediakan aneka pilihan kopi, teh mahupun minuman edisi terhad. Selain itu ada juga menu biasa seperti Latte, Mocha, Green Tea serta Java Chips.
bagi anda yang tak tahu nak order apa setiap kali ke Starbucks, boleh cuba minuman Green Tea Latte bersama topping vanilla cold foam dan hazelnut syrup. Minuman ini pada asalnya viral di TikTok, namun telah viral juga di Twitter melalui hasil perkongsian oleh Ashril di bawah.
https://twitter.com/Ashril_92/status/1351067923864023042
Kalau anda berminat nak cuba, jom ke Starbucks berdekatan anda sekarang! Cuaca panas sedap ni kalau dapat minum air sejuk-sejuk. Yummy!
Kredit: ASH (Foodhunter) @Ashril_92