Bagi anda yang sudah biasa melancong menaiki pesawat, membayar lebih untuk kos bagasi tambahan mungkin bukan sesuatu yang membebankan. Maklumlah, nama lagi melancong, mesti banyak barang yang perlu dibawa lagi-lagi ketika menaiki pesawat untuk pulang,
Namun apa yang berlaku di sebuah lapangan terbang di Kunming, China baru-baru ini telah menarik perhatian netizen sekaligus tular di media sosial negara itu.
Dilaporkan empat lelaki dalam perjalanan dalam perjalanan ke sesuatu tempat atas urusan bisnes telah memakan 30 kilogram oren yang dibawa. Hal itu kerana mereka telah dikenakan caj tambahan kerana membawa bagasi yang lebihan muatan berjumlah 300 yuan (sekitar RM188).
Difahamkan, mereka diminta membayar 10 yuan (RM6.30) bagi setiap 1 kg oren yang dibawa. Namun disebabkan tidak mampu untuk membayar caj tambahan tersebut, mereka telah mengambil jalan mudah dengan memakan semua 30 kilogram oren yang dibawa dalam masa 30 minit.
Tindakan yang ‘luar biasa’ itu telah menyebabkan mereka mengalami ulser mulut yang teruk. Yang lebih menarik, salah seorang daripada lelaki itu yang dikenali sebagai Wang berkata, dia tidak mahu lagi makan oren selepas kejadian itu berlaku.
Sumber: Astro Awani