Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Pikat Selera Anak Dengan Nasi Butter Ala KFC, Boleh Cuba Kalau Bosan Makan Nasi Putih!

Pikat Selera Anak Dengan Nasi Butter Ala KFC, Boleh Cuba Kalau Bosan Makan Nasi Putih!

Kategori:
Nasi Butter Ala KFC

Rasa bosan makan nasi putih? Kalau kita yang dewasa pun rasa bosan, apatah lagi anak-anak. Jadi apa kata ibu-ibu cuba ubah selera dengan membuat nasi butter ala KFC sebagai pengganti nasi putih? Dijamin menu ini dapat pikat selera anak-anak anda!

Pikat Selera Anak Dengan Nasi Butter Ala KFC, Boleh Cuba Kalau Bosan Makan Nasi Putih

Bahan-bahan:

  • Butter 125g (untuk 6 pot beras)
  • Bahan kisar (bawang besar 1 biji, bawang putih 4/5 ulas, 2-3cm halia)
  • Serai (diketuk)
  • Susu segar
  • Garam
  • Daun ketumbar

Cara-cara:

  1. Cairkan butter.
  2. Masukkan bahan kisar dan serai yang diketuk. Boleh juga masukkan daun pandan jika suka. Tumis hingga naik bau.
  3. Masukkan beras yang dah dibasuh & ditoskan. Lagi best guna beras Basmathi, tapi dalam gambar ni guna beras biasa je. Goreng selama 1-2 minit.
  4. Masukkan susu segar @ krimer sejat anggaran 1 1/2 cawan (Saya prefer susu segar berbanding krimer sejat & saya hanya guna 3 brand ni sahaja iaitu Farm fresh/Marigold/Gooday.
  5. Gaul sebati dan tutup api.
  6. Alihkan ke dalam periuk nasi. Tanak macam masak nasi biasa tu.
  7. Tambah air dan garam secukupnya. Saya suka letak daun ketumbar untuk aroma yang lebih wangi.
  8. Siap, wangi semerbak bau nasi mentega ini.

Lagi sedap kalau gandingkan nasi butter ini dengan resepi ayam KFC homemade!

Kredit: Ismi Yatie Ummu Haziq

tags: |