Sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan pada tahun lepas, sambutan perkhidmatan food delivery memang mendapat perhatian dan sambutan yang tinggi. Tidak kira dikawasan kampung atau pun kawasan bandar. Malah ramai juga anak muda yang mencuba nasib dengan menjadi abang Foodpanda atau Grabfood.
Berkenaan dengan penghantar makanan Foodpanda, baru-baru ini ada sebuah video yang dikongsi oleh abang Foodpanda sendiri di laman Tiktok di mana dia menceritakan nasibnya apabila ditipu oleh pelanggan ‘misteri’.
Lebih misteri lagi apabila pelanggan tersebut meminta dia menghantar makanan tersebut di tempat perkuburan Cina. Apabila di telefon tidak di angkat pula, memang seram!
Jelas abang Foodpanda ini, tindakan pelanggan yang tidak bertanggungjawab ini secara langsung menyusahkan ramai pihak dan dia sendiri terpaksa membatalkan pesanan itu.
Malah dalam masa yang sama dia tidak boleh membayangkan sekiranya pesanan diterima pada waktu malam dan terpaksa menghantar makanan di tempat yang sunyi seperti ini.
Menerusi video kedua, lelaki ini turut memberitahu sekiranya seseorang itu bertindak melakukan prank order, perkara tersebut membuatkan semua pihak mengalami kerugian. Bukan sahaja pihak rider malah pemilik akaun itu juga boleh disekat dan tidak boleh lagi membuat sebarang pesanan pada masa yang akan datang.
@khuzaimie_lemat3Persoalan siapa yang order?? Nak ikutkan hati memang tai berani tapi terpaksa sebab kerja. #fyp #fypシ #viral♬ bunyi asal – Abang Panda 🐼
https://www.tiktok.com/@khuzaimie_lemat3/video/6920928873383251201?referer_url=https%3A%2F%2Fohbulan.com%2F&referer_video_id=6920928873383251201
@khuzaimie_lemat3SIAPA YANG TANGGUNG RUGI BILA PRANK ORDER???♬ bunyi asal – Abang Panda 🐼
https://www.tiktok.com/@khuzaimie_lemat3/video/6922459105449790722?referer_url=https%3A%2F%2Fohbulan.com%2F&referer_video_id=6922459105449790722
Sumber: Abang Panda