Semalam tular di laman sosia berkenaan dengan beberapa orang warga asing yang memakai gelang putih membeli keperluan makanan di kedai runcit di Taman Kota Jaya, Kota Tinggi, Johor. Kejadian tu menimbulkan kegusaran masyarakat setempat.
Difahamkan hasil rondaan yang dilakukan oleh pasukan pemantauan Covid-19 telah berjaya menahan seramai empat lelaki dan sembilan wanita di sekitar kawasan rumah kedai di kawasan taman berkenaan.
Kesemua mereka yang sedang menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO) itu setelah selesai menjalani ujian calitan di sebuah kilang berkaitan Kluster Jalan Lombong dan kemudiannya telah dipakaikan gelang.
Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora ketika dihubungi mengesahkan menerima maklumat kejadian itu dan hasil semakan mendapati warga asing berkenaan telah dibuat saringan swab test pada ketika itu dan hadir ke kedai runcit untuk membeli persiapan makanan bagi tujuan kuarantin sebelum diarahkan balik ke rumah masing-masing.
Susulan itu, rondaan diteruskan oleh pasukan pemantauan bagi memastikan kesemua HSO berkaitan Kluster Jalan Lombong itu untuk terus ke alamat kuarantin.